ADUN DAP dakwa ditawar RM150,000 lompat parti
ADUN Bentayan, Gwee Tiong Hiang hari ini mendedahkan bahawa tawaran telah dibuat oleh pihak-pihak yang mendakwa mewakili perdana menteri supaya meninggalkan DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.
Dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur, Gwee telah menyatakan bahawa beliau telah ditawarkan RM150,000 wang tunai, 50 ekar tanah, sekurang-kurangnya RM5,000 elaun bulanan tambahan, sebuah pusat perkhidmatan dan seorang pembantu peribadi jika bersetuju melompat parti.
Menurutnya, seorang lelaki, yang pertama kali menghubunginya melalui telefon pada 26 September dan mendakwa sebagai setiausaha agung persatuan klan Wee Johor Bahru, juga memberi jaminan kepada Gwee bahawa beliau akan diberi sokongan jika bertanding menentang DAP dalam pilihan raya umum.
Gwee mendedahkan transkrip rakaman satu lagi perbualan telefon antara beliau dengan 'ejen' empat hari selepas dihubungi.
Katanya, 'ejen', tersebut, yang mendakwa mewakili perdana menteri, berkata wang tawaran itu akan datang dari pusat, tetapi akan disalurkan melalui persatuan berkenaan.
Rakaman perbualan dalam bahasa Mandarin pada 30 September itu juga diperdengarkan semasa sidang akhbar tersebut.
Gwee berkata, 'ejen' itu, bersama dengan seorang lelaki Melayu yang Gwee dakwa mewakili Jabatan Perdana Menteri, bertemu dengannya pada 28 September untuk buat tawaran pertama RM50,000.

Komen dari Proven
Begini lah cara BN menawarkan habuan yang lumayan kepada Wakil-wakil ADUN yang telah melompat parti. Sebelum ini mereka bersama-sama dengan Pakatan Rakyat menegakkan keadilan, namun demi wang mereka sanggupp menjual maruah mereka demi kepentingan mereka masing-masing. Semuanya takkan berbaloi kerana BN hanya memberi janji-janji yang kosong kepada mereka. Bila mereka dah terima tawaran tersebut, mereka hanya memperkotak katikkan sahaja. Janji hanya tinggal janji dan maruah mereka telah hilang dan rakyat takkan mempercayai mereka lagi.
BN merasakan dengan wang mereka boleh beli apa jua yang mereka inginkan. Mereka tidak sedar bahawa Allah lebih berkuasa segala-galanya. Satu hari wang anda akan memakan diri sendiri. Saya minta ADUN tersebut membuat satu laporan polis mengenai hal ini. MInta yang berkenaan dikenakan tindakan yang sewajarnya.
Proven mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YB Gwee yang sanggup mempertahankan maruah dan parti demi menegakkan perjuangan bersama Pakatan Rakyat. Syabas!!

0 comments:
Post a Comment