[London Olimpik 2012]Chong Wei Tumpas Lagi

Penantian untuk Lee Choong Wei mendapat emas pada Olimpik yang terakhir untuk dirinya masih tidak kesampaian

Apalah nasib Rohingya

Apakah kerajaan Malaysia akan lakukan terhadap isu Rohingya di Myanmar.? Adakah kerajaan hanya berdiam membisu..

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Top PC Games - Orc Must Die 2

Orcs Must Die! 2 thrusts players and their friends back into battle against a terrifying mob of orcs and other monsters.

Friday, August 31, 2012

Sambutan Kemerdekaan di Dataran Merdeka hambar

Tadi pagi proven telah menyaksikan sambutan kemerdekaan di Dataran merdeka di saluran tv3. Sambutan tersebut kelihatan hambar kerana tidak ramai orang yang hadir bersama-sama menyaksikan sambutan tersebut di Dataran merdeka. Adakah rakyat sudah jelak dengan sambutan tersebut. Selain dari itu kemungkinan besar disebabkan moto merdeka pada tahun ini adalah "Janji ditepati". Adakah moto itu bersesuaian dengan sambutan kemerdekaan pada kali ini.? Proven rasa inilah kali pertama sambutan kemerdekaan kelihatan hambar. Walaupun ia berjalan lancar, namun serinya sambutan kemerdekaan tidak kelihatan.



Semasa perjalanan sambutan tersebut, proven kelihatan ada persembahan dari generasi muda dengan pergerakan cergas dan bertenaga dengan diiringi lagu 'Drumline' dan medley lagu-lagu patriotik Nadi Rakyat, IM4U, Janji Ditepati, Tanggal 31, 1Malaysia dan diakhiri dengan Jalur Gemilang. Namun yang tidak menyenangkan mata untuk melihat adalah persembahan tersebut berlangsung berdepan-depan dengan YDP Agong kita. Di mana persembahan tersebut telah menunjukkan generasi muda kita tidak menghormati langsung YDP Agong dengan tarian "break dance" yang menggambarkan unsur tarian yang kurang sopan ke atas YDP Agong. Kenapa  Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan  tidak memantau persembahan yang akan disembahkan ketika sambutan Kemerdekaan tersebut. Bukankah persembahan ini boleh dikatakan mencemar duli?

Apakah tindakan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan terhadap status tersebut? Manakah orang yang menjaga kehormatan terhadap Raja-Raja melayu di Malaysia. Proven rasa mereka semua masing-masing senyap tanpa berkata-kata. Kalau BN laksanakan semuanya betul. Tidak salah di mata mereka.

Minta mereka tampil untuk mengambil tindakan yang drastik mengenai isu ini. Even ia bukan isu yang besar namun maruah dan kehormatan ke atas Raja-Raja melayu perlu dijaga.

Thursday, August 9, 2012

Royalti Minyak Hak Kelantan

Komen dari Proven
Apa lagi yang hendak kerajaan pusat lakukan untuk menarikbalik royalti minyak di Kelantan, sedangkan sudah sekian lama Perjanjian di antara kerajaan negeri dengan Petronas telah termeterai. Namun kerajaan Pusat cuba berdolak-dalik bahawa kerajaan Kelantan tidak layak untuk mendapatkan hak royalti minyak. Malah Kelantan hanya mampu mendapat wang ehsan dari kerajaan Pusat. Kenapa begitu kejam kerajaan Pusat ke atas rakyat Kelantan. Apakah konsep 1 Malaysia diterapkan dalam isu ini.? Ini membuktikan bahawa kerajaan Pusat tidak adil terhadap Royalti Minyak di Kelantan.

Kalau kita dapati bahawa setiap negeri yang memiliki hasil petrolium, negeri-negeri ni telah mendapat hak royalti mereka dari Petronas. Namun Kelantan tidak layak untuk dapatknya kerana Kelantan ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Adakah ia satu isu yang dipolitikkan oleh Kerajaan Pusat sendiri. Mana Janji yang perlu ditepati oleh mereka. Apabila isu ini dibangkitkan dalam Parlimen pada tahun 2009, DS Najib Tun Razak menyatakan bahwa Kelantan hanya layak menerima wang Ehsan dari kerajaan Pusat berhubung hasil petrolium. tapi apabila disangkalkan oleh YB Salahuddin mengenai perjanjian Petronas dengan kerajaan Kelantan. DS Najib menyatakan isu minyak ini, telah cuba dipolitikkan oleh PR. Siapakah yang memulakan permainan politik ini. BN atau PR?

Itulah orang tua pernah berperibahasa, "Nak seribu daya, taknak seribu dalih". Renung2kan dan janganlah kita memakan harta orang lain kerana balasannya di akhirat amat berat sekali.

Sunday, August 5, 2012

Mojo


Album : Mojo - EP 
Tahun : 2012
Label : KRU Music
Genre : Rock/Progresif

Track Lagu : 

1. Andai ku Bercinta Lagi
2. Mimpi
3. Agar Tetap Indah
4. Maafkan Aku
5. Opus F*m




[Kelakar] Atlit Angkat Berat Olimpik Popular Kerana...

Serius : Atlit Angkat Berat Olimpik Popular Kerana...: Seen Lee, 29, merupakan seorang jaguh angkat berat yang mewakili negaranya, Australia dalam Olimpik 2012. Bertanding dalam kategori 63 ...

Ikan berbentuk pelik

Gambar dibawah ini mungkin setengah manusia takkan percaya tapi inilah dinamakan kuasa Allah yang telah menciptakan hambanya dengan berbagai rupa dan jenis. Subhana Allah, Maha suci Allah yang telah menjadikan setiap makhlukNya dengan berbagai rupa dan bentuk.



Ikan ini telah dijumpai oleh nelayan yang telah menangkapnya di Fujairah, UAE. 

[London Olimpik 2012] Chong Wei tewas lagi.

Skripnya berulang seperti di Beijing 2008 dan Lee Chong Wei akur dia belum ada senjata istimewa untuk menumbangkan musuh tradisi, Lin Dan yang muncul pemenang pingat emas Sukan Olimpik buat kali kedua berturut-turut, malam tadi.

Apa pun, tidak seperti empat tahun lalu jaguh negara memberi saingan sengit dengan permainan berkualiti sebelum tewas kepada juara dunia itu 21-15, 10-21, 19-21 dalam tempoh 79 minit tapi rebah di gelanggang tanda kecewa buat menyoal diri kenapa dia tidak menjadi pihak yang menang kali ini.
"Saya minta maaf. Saya melakukan segala yang saya terdaya hari ini (semalam) tapi Lin Dan masih hebat. Saya minta maaf kepada setiap rakyat Malaysia yang mengharapkan saya menang emas hari ini. Seperti anda semua saya juga amat kecewa kalah sekali lagi," kata Chong Wei pilu.

Lin Dan yang hilang arah dalam perlawanan pertama berkata dia bersimpati dengan Chong Wei yang memberinya saingan sehingga ke mata penamat.

"Dia main begitu hebat dalam set pertama dan memberi saya banyak masalah. Tapi saya positif dalam set kedua dan ia membantu saya menang lagi emas hari ini," kata pemain China berusia 29 tahun itu.

Dengan kedua-dua pemain berhempas pulas di atas gelanggang hijau mencari mata demi mata buat memikat tontonan jelas elemen tuah masih memihak Lin Dan yang kini harus dilabel pemain terhebat sepanjang zaman. Belum pernah ada pemain perseorangan memenangi emas Olimpik secara berturut-turut.

Dalam saingan gangsa, rakan senegaranya, Chen Long menewaskan pemain Korea Selatan, Lee Hyun II 21-12, 15-21, 21-15.
Jurulatih perseorangan negara, Tey Sue Bock berkata anak didiknya memberi persembahan terbaik semalam tapi akur Lin Dan ada faktor tuah membantunya sekali lagi.

"Saya tak sangka Chong Wei dapat memberi persembahan terbaik dan menyaingi lawan mata demi mata dalam set ketiga. Dia bermain lebih baik daripada Kejohanan Dunia, tahun lalu. Lin Dan bertahan dengan baik hari ini dan tiada banyak perbezaan kemampuan antara mereka kali ini," katanya.

Housekeeping Diperlukan

Princeton Hotel
Johor


Responsibilities: 
  • Cleaning the guest room
  • Front office assistance
  • Other maintenance as required by the management

Requirements:
  • Candidate must possess at least a Primary/Secondary School/SPM/"O" Level, any field.
  • At least 1 year(s) of working experience in the related field is required for this position.
  • Preferably Non-Executives specializing in Hotel Management/Tourism Services or equivalent.
  • Full-Time position(s) available.


Wages:

  • RM 900


Interested candidates please contact 016-7160970 or further info click this link Housekeeping Staff

Baru sedar! Minyak Petroleum di Kelantan hak rakyat

BACHOK 5 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) tidak pernah menafikan hak rakyat Kelantan termasuk dalam soal pembayaran tunai daripada hasil petroleum.
Menurut Perdana Menteri, berpegang kepada prinsip adil untuk rakyat sebagaimana diperintahkan oleh Allah SWT, maka beliau telah mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas bagi menyelesaikan secara adil, telus dan saksama isu bayaran petroleum kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang.
- Kenyataan dari Utusan Online -


Komen dari Proven

Kenapa DS Najib baru sedar bahawa hasil petroleum adalah hak rakyat? Adakah selama ini beliau masih dibuai mimpi yang indah dalam pelukan DS Rosmah Mansor. Selama 20 tahun PAS memerintah kerajaan negeri Kelantan, selama 20 tahun juga PAS mengusulkun isu royalti minyak di Kelantan. Namun apa tindakan kerajaan Pusat terhadap isu ini. Bagaikan isu yang tidak penting bagi kerajaan pusat. Sanggup menyatakan rakyat Kelantan tak layak untuk mendapatkan royalti minyak tersebut. Ini seringkali dijadikan isu permainan politik yang kotor yang telah dimainkan oleh BN. 

Malah hasil bumi tersebut diagih-agihkan keuntungannya kepada kroni-kroni yang menagihkan hasil petroleum di Kelantan. Seolah-olah mereka menyekat perkembangan ekonomi di Kelantan. Namun negeri Kelantan dibawah naungan Tok Guru Nik Abdul aziz bersama dengan rakyat di negeri Kelantan telah berusaha untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka melalui sektor pertanian dan hasil bumi yang lain. Kini Kelantan yang dikatakan oleh DS Najib merupakan negeri termiskin telah tingkat kepada satu tahap yang boleh dikatakan negeri yang terkaya dengan hasil bumi dan mampu untuk meningkatkan ekonomi yang amat memberangsangkan. 

Ini lah kuasa Allah yang telah melimpahkan rezeki kepada hambanya yang sentiasa taat kepada-Nya dan melakukan ajaran yang disyariatkan oleh Islam. 

Jadi kerajaan Pusat perlu memainkan peranan yang penting dalam mengembalikan royalti minyak di negeri Kelantan. Hak Royalti Minyak adalah hak rakyat. Pulangkan balik hak rakyat Kelantan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More