Wednesday, August 31, 2011

Group Sokongan Golongan Murtad di fB

Isu Murtad adalah isu yang paling hangat perlu kita sama-sama fikirkan kerana zaman sekarang semakin menjadi-menjadi isu tersebut. Kita perlu selamatkan agama dan orang Islam dari anasir-anasir ini. Ia boleh merosakkan akidah umat Islam di Malaysia. Komuniti yang melindungi orang-orang murtad di Malaysia dan Singapore telah menarik minat sebilangan masyarakat dari kedua-dua buah negara ini. Kenapa kerajaan boleh berdiam diri dengan komuniti ini. Sedangkan komuniti ini lebih kuat dan lebih ramai yang turut serta dalam group ini. Silalah pihak JAKIM dan Jabatan Agama ambil tindakan yang keras terhadap group ini.


Janganlah grup sebegini menjadi dalang kepada kerosakan akidah umat Islam di Malaysia dan Singapura. Semakin hari grup ini sebegini semakin berani untuk memporak perandakan akidah orang Islam. Tindakan yang serius perlu disegerakan oleh pihak yang berkenaan.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More