Tadi pagi proven telah menyaksikan sambutan kemerdekaan di Dataran merdeka di saluran tv3. Sambutan tersebut kelihatan hambar kerana tidak ramai orang yang hadir bersama-sama menyaksikan sambutan tersebut di Dataran merdeka. Adakah rakyat sudah jelak dengan sambutan tersebut. Selain dari itu kemungkinan besar disebabkan moto merdeka pada tahun ini adalah "Janji ditepati". Adakah moto itu bersesuaian dengan sambutan kemerdekaan pada kali ini.? Proven rasa inilah kali pertama sambutan kemerdekaan kelihatan hambar. Walaupun ia berjalan lancar, namun serinya sambutan kemerdekaan tidak kelihatan.
Semasa perjalanan sambutan tersebut, proven kelihatan ada persembahan dari generasi muda dengan pergerakan cergas dan bertenaga dengan diiringi lagu 'Drumline' dan medley lagu-lagu patriotik Nadi Rakyat, IM4U, Janji Ditepati, Tanggal 31, 1Malaysia dan diakhiri dengan Jalur Gemilang. Namun yang tidak menyenangkan mata untuk melihat adalah persembahan tersebut berlangsung berdepan-depan dengan YDP Agong kita. Di mana persembahan tersebut telah menunjukkan generasi muda kita tidak menghormati langsung YDP Agong dengan tarian "break dance" yang menggambarkan unsur tarian yang kurang sopan ke atas YDP Agong. Kenapa Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tidak memantau persembahan yang akan disembahkan ketika sambutan Kemerdekaan tersebut. Bukankah persembahan ini boleh dikatakan mencemar duli?
Apakah tindakan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan terhadap status tersebut? Manakah orang yang menjaga kehormatan terhadap Raja-Raja melayu di Malaysia. Proven rasa mereka semua masing-masing senyap tanpa berkata-kata. Kalau BN laksanakan semuanya betul. Tidak salah di mata mereka.
Minta mereka tampil untuk mengambil tindakan yang drastik mengenai isu ini. Even ia bukan isu yang besar namun maruah dan kehormatan ke atas Raja-Raja melayu perlu dijaga.