Hanya 5,000 hadir Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan
26/02/2012 1:55pm
KUANTAN 26 Feb. - Himpunan Hijau 2.0 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 4 (MPK4) di sini berakhir pada pukul 11.30 pagi iaitu setengah jam lebih awal dari tempoh masa diberikan oleh polis sebelum ini.
Perhimpunan bagi membantah kilang memproses nadir bumi Lynas itu berakhir sebaik sahaja Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 5,000 orang.
Turut hadir Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; dan Naib Presiden Pas, Salehuddin Ayub.
Terdahulu, selepas 15 minit berlangsung, himpunan Hijau hanya disertai kira-kira 5,000 orang, jauh meleset berbanding sasaran awal 20,000 orang oleh pihak penganjur.
Sebelum itu, para peserta mengambil kesempatan berkumpul di beberapa lokasi sebelum berarak ke tempat himpunan di Padang MPK 4. - UTUSAN
Komen dari Proven
Adakah himpunan ini seramai 5000 orang. Kelucuan fakta yang dibentangkan oleh utusan membuat rakyat meloya untuk mempercayai UTUSAN MELOYA. Jangan lah diputarbelitkan fakta. Perlukah diterima pakai lagi maklumat dari Utusan. Rakyat sudah tak percaya lagi utusan.
Terima Kasih kepada rakyat, pihak penganjur, pihak polis, dan Menteri Besar Pahang atas kesudian membenarkan rakyat berhimpun untuk mengadakan demonstrasi bagi menentang kewujudan LYNAS di Malaysia.






0 comments:
Post a Comment