[London Olimpik 2012]Chong Wei Tumpas Lagi

Penantian untuk Lee Choong Wei mendapat emas pada Olimpik yang terakhir untuk dirinya masih tidak kesampaian

Apalah nasib Rohingya

Apakah kerajaan Malaysia akan lakukan terhadap isu Rohingya di Myanmar.? Adakah kerajaan hanya berdiam membisu..

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Top PC Games - Orc Must Die 2

Orcs Must Die! 2 thrusts players and their friends back into battle against a terrifying mob of orcs and other monsters.

Wednesday, August 31, 2011

Adakah Kerajaan Malaysia sekarang ke arah sistem totalitarianisme?

Apa yang dimaksudkan dengan "Totalitarianisme" ?


Totalitarianisme merupakan fahaman bahawa sistem pemerintahan yang paling ekstrem adalah dengan membenarkan kewujudan satu parti politik sahaja untuk memerintah negara secara total. Sistem ini adalah lebih ketara berbanding sistem diktator atau negara polis police state dan ia melibatkan propaganda yang berpanjangan untuk memastikan rakyatnya secara rela hati akan patuh dengan kerajaan.

Beberapa andaian mengenai Totalitarianisme.


Terdapat hujah yang menyatakan totalitarianisme memerlukan seorang tokoh hebat "pemimpin agung" yang
disanjungi sebagai ketua sesuatu regim. Kebanyakan masyarakat totalitarian mempunyai pemimpin seperti model ini - misalnya, Hitler, Stalin, Mao Zedong, Mussolini, Pol Pot, dan Kim Il-Sung. Oleh yang demikian ramai cendikiawan tidak menganggap era-Brezhnev Soviet dan kebanyakan negara Perjanjian Warsaw sebagai totalitarian. Namun, apabila kerajaan-kerajaan ini tumbang, sebahagian besar penduduknya dan para intelek di negara tersebut mengatakan pengalaman mereka ketika itu adalah sememangnya totalitarianisme. Oleh itu, pemimpin yang berkarisma tidak semestinya perlu di dalam sistem totalitarianisme.

Kebanyakan cendekiawan dalam bidang totalitarianisme seperti Karl Popper, Hannah Arendt, Carl Friedrich, Zbigniew Brzezinski, dan Juan Linz mempunyai pandangan berbeza mengenai totalitarianisme. Namun mereka semua bersetuju terdapat beberapa elemen yang sama dalam kerajaan totalitarian. Antaranya adalah:
  1. Percubaan untuk mengerahkan kesemua penduduk negara untuk menyokong ideologi rasmi negara. Semasa Rapat di Nuremberg 1934. kerajaan Nazi bawah pimpinan Adolf Hitler telah berjaya mengumpulkan lebih sejuta rakyat Jerman.
  2. Sikap tidak toleransi terhadap sebarang aktiviti yang bukan ke arah matlamat negara
  3. Regim Totalitarian akan mengekalkan kuasa melalui pelbagai cara seperti mewujudkan polis rahsia, propaganda melalui media yang dikawal kerajaan, menyekat kebebasan bersuara termasuk kritikan, penggunaan pengawasan yang berleluasa atau mass surveillance dan menggunakan taktik untuk menakutkan rakyat atau terror tactics.


Sudut Renungan


Berdasarkan dengan Ideologi totalitarianisme yang dipaparkan, adakah kerajaan di Malaysia sedang melaksanakan sistem totalitarianisme ini. Mengikut andaian tersebut, ciri-ciri dari sistem ini sudah kelihatan dari kepala mata kita sendiri. Kita sebagai rakyat, akan hilang hak untuk bersuara dan sentiasa patuh dengan keputusan kerajaan. Jadi, apakah tindakan kita sebagai rakyat. Di manakah sistem Demokrasi yang sebelum ini dijalankan?

Ceramah Mat Sabu yang jadi kontroversi


Isu ceramah Mat Sabu yang digembar-gemburkan oleh setengah pihak. Mereka yang tidak faham akan ceramah sebegini akan mengatakan Mat Sabu menghina pejuang negara sedangkan cerita yang disampaikan oleh Mat Sabu adalah berlaku sebelum Kemerdekan Tanah Melayu. Pentadbir kerajaan pada ketika itu adalah Kerajaan British (Penjajah Negara). Cerita serangan komunis di Bukit Kepong, Muar Johor adalah berlaku sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Jadi serangan yang dilakukan adalah dari penduduk Tanah Melayu sendiri yang tidak berpuas hati dengan layanan yang telah diberikan oleh pihak British. 

Jadi kepada setengah pihak yang membuat andaian yang bukan-bukan dengan tiada penyelidikan sebenar mengenai sejarah Bukit Kepong silalah lah kaji sehingga mendalam apa tujuan sebenar Mat Sabu ceritakan kisah ini. Jangan lah kita buat andaian yang tidak betul.

Group Sokongan Golongan Murtad di fB

Isu Murtad adalah isu yang paling hangat perlu kita sama-sama fikirkan kerana zaman sekarang semakin menjadi-menjadi isu tersebut. Kita perlu selamatkan agama dan orang Islam dari anasir-anasir ini. Ia boleh merosakkan akidah umat Islam di Malaysia. Komuniti yang melindungi orang-orang murtad di Malaysia dan Singapore telah menarik minat sebilangan masyarakat dari kedua-dua buah negara ini. Kenapa kerajaan boleh berdiam diri dengan komuniti ini. Sedangkan komuniti ini lebih kuat dan lebih ramai yang turut serta dalam group ini. Silalah pihak JAKIM dan Jabatan Agama ambil tindakan yang keras terhadap group ini.

Janganlah grup sebegini menjadi dalang kepada kerosakan akidah umat Islam di Malaysia dan Singapura. Semakin hari grup ini sebegini semakin berani untuk memporak perandakan akidah orang Islam. Tindakan yang serius perlu disegerakan oleh pihak yang berkenaan.


Adakah Nabi pon dianggap Pengkhianat?


 Dunia hari ini akan menghukum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanahair, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanahairnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian.
“Tidak, tidak sekali-kali kerana bangsanya menganut ajaran jahiliah, ajaran syaitan dengan meninggalkan syariat Allah SWT,” tegasnya semasa berkhutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.
Pada ketika itu, jelasnya di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Parsi dan baratnya oleh Rom.
“Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w.,” jelasnya di hadapan lebih 3,000 jemaah.
Katanya, Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri.
Tegasnya, Mekah dibebaskan daripada jahiliah kerana kemerdekaan yang sebenar ialah mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Beliau yang juga ahli parlimen marang berkata, tidak ada kemerdekaan selagi tidak mengabdikan diri kepada Allah SWT.
“Selagi sembahyangnya tidak mengadap Allah, selagi syariat dan hukum-hakamnya tidak mengikut syariat dan hukum-hakam Allah, tidak dinamakan merdeka dalam erti kata yang sebenar,” jelasnya.
Tegasnya, perjuangan memerdekakan manusia dengan hanya mengabdikan diri kepada Allah.
“Ketahuilah, umat Islam belum merdeka daripada penjajah Inggeris, penjajah Perancis, penjajah Itali, penjajah Komunis, penjajah Cina, Rusia dan lain-lain selagi mereka tidak melaksanakan Islam di tanahair mereka.
“Selagi hukum Islam tidak berdaulat, syariat Allah tidak diamalkan semuanya, menandakan perjuangan kita belum selesai, perjuangan untuk menyambung risalah yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w. belum selesai,” ujarnya lagi.

Saturday, August 27, 2011

Buletin Utama TV3 : Isu Murtad Di Pusat Tuisyen Klang

Buletin Utama TV3 : Isu Memurtadkan pelajar di Pusat Tuisyen adalah benar atau palsu.???

Mari kita saksikan kembali vit TV dari Buletin Utama TV3...mengenai isu tersebut.


Adakah ini sahih dan boleh diterima pakai oleh rakyat.?? Sila jawab TV3. Jangan la diada-adakan isu yang sebenarnya tiada tapi diadakan. Berdosa besar tau.!!!

Klip berita tersebut memaparkan sekumpulan kira-kira 50 orang dari Surau Qariah "Al-Musyrikin". yang diketuai oleh Mustapha Kamal Mohd Yusof berkumpul dihadapan pusat tuisyen tersebut bagi membantah tindakan mengkristiankan umat Islam.

Yang telah menjadi isu sebenarnya. Adakah benar Surau itu dinamakan "Al-MUSYRIKIN" dengan bermakna Orang bukan Islam serta menyekutukan Allah. Adakah ini satu kepalsuan atau hanya satu rekaan semata-mata bagi mengaburi rakyat.

Tidak pernah dikalangan surau di dalam Malaysia ingin letakkan nama tersebut.

Isu Kedua pula mengenai klip video ini. Salah seorang penduduk di sana telah ditemuramah mengenai isu tersebut, samada itu sahih atau tidak.?


Ini terbukti ketidaksahihan isu tersebut. Mari kita nilai dan renung-renungkan mengenai isu ini. Ini adalah satu fitnah yang telah dilakukan oleh Media perdana. Macam mana rakyat nak percayakan mereka, jika isu yang sepatutnya hangat dibualkan adalah rekaan semata-mata.


Media Perdana perlu bebas dari Cengkaman Politik dan Fitnah


Media Perdana merupakan sumber maklumat yang terkini sama ada dari dalam negara mahu pun luar negara. Namun kesahihan media perdana di negara kita sejak kebelakangan ini sudah tidak boleh diterima lagi kerana, sumber yang diperolehi telah diselewengkan dan diputarbelitkan sumber sebenar. Kerajaan tidak sepatutnya menggunakan media perdana untuk meraih sokongan dari rakyat menegenai isu politik. Media perdana juga telah disalahgunakan oleh kerajaan BN untuk kepentingan mereka sendiri sedangkan ia digunakan untuk rakyat. Isu yang dikemukakan di Media Perdana kebanyakkannya berat sebelah. Sepatutnya isu yang dibentangkan perlu dua hala dan rakyat boleh menilai mana kesahihan sumber yang mereka terima.

Zaman sekarang adalah zaman canggih dan zaman serba IT, jadi tidak salahlah pihak pembangkang menggunakan Internet dan sebagainya untuk mengemukakan sumber sebenar. Lebih-lebih lagi isu Datuk Seri Anwar mengenai kes liwatnya. Di manakah hak beliau untuk mempertahankan diri beliau dari angkara fitnah orang? Jadi, beliau terpaksa menggunakan internet untuk mempertahankan diri beliau dari isu tersebut. Ini kerana sumber yang sebelum ini boleh digunapakai oleh rakyat untuk membela nasib mereka telah disekat oleh Kerajaan BN sekarang. Mereka lupa bahawa ada yang lebih berkuasa dari mereka. 

Isu kerajaan menggunakan Media Perdana untuk berpolitik sudah lama. Namun pihak Parti Pembangkang tetap menggunakan apa jua kemudahan yang boleh digunakan senjata untuk berpolitik. Usahlah Media Perdana jadi pak turut dan pak mengarut kepada Kerajaan BN.

Thursday, August 25, 2011

Desak pendakwa raya mohon mahkamah tahan pasport Anwar


''Kita tidak mahu Anwar bebas ke mana sahaja membuat kenyataan di media antarabangsa berhubung kes yang dihadapinya ini. Biar dia tumpu perbicaraan kes ini sampai selesai.
''Sebab itu perkara ini (penahanan pasport) perlu untuk tunjuk ketegasan dalam kita mendaulatkan sistem perundangan. Nak bercakap dari kandang itu pilihan dia. Tapi kita ada pilihan dari sudut perundangan.
''Apatah lagi pada akhir perbicaraan sebegini adalah mustahak. Apa juga berlaku selepas ini, kita tak mahu integriti badan kehakiman kita dipertikai,'' Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Kenapa passport Datuk Seri perlu ditahan sedangkan, beliau masih belum disabitkan kesalahan ke atas kes yang sedang dibicarakan. Adakah itu telah menganggu hak asasi manusia? Orang yang belum disabitkan kesalahan telah dikongkong had kebebasannya. Tapi owg yang dah memang bersalah bebas tanpa dihad limit pergerakannya....


Agaknya kalo Dauk Seri adalah dikalangan owg Parti UMNO, kemungkinan besar Datuk Seri akan ditatang oleh mereka. Cuma yang menjadikan isu ialah apabila Datuk Seri cuba untuk melakukan perubahan dalaman parti, namun terdapat setengah-setengah pihak tidak berpuas hati kerana Datuk Seri telah menutup periuk nasi hasil pendapatan yang tidak sah dan halal. Itu sebab Datuk Seri ditentang habis-habisan oleh mereka sehingga beliau tak mampu untuk bangkit kembali. Mereka ini semua lupa, bahawa Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Adil. Dia akan melindungi pihak yang benar.


Nasihat saya kepada Datuk Razali Ibrahim, kita jangan lah memandai membuat desakkan kerana hal ini tidak berlaku pada Datuk sendiri. Jika hal ini berlaku pada famili Datuk ataupun diri Datuk, Datuk akan merasai sebagaimana Datuk Seri rasakan. Segalanya biarlah pihak Mahkamah tentukan. Jika Datuk ingin menceritakan tentang kedaulatan sistem undang-undang di Malaysia, sy dengan sendirinya akan menyatakan bahwa sistem perundangan di Negara Malaysia sudah kelam kabut dan kucar-kacir. Yang salah boleh dilepaskan dan yang tidak bersalah perlu disabitkan sehingga dia bersalah.


Wang adalah segala-galanya. Ada wang segalanya boleh berlaku. Beringatlah bahwa di Akhirat nanti wang lah jadi saksi kepada Allah swt. bahwa Adakah benar kita mendapatkannya dari hasil yang halal atau yang haram.? Kita tidak dapat elak daripada hala sebegini. 




Saturday, August 13, 2011

Pelajar Malaysia di pukul dan dirompak di London


Kalau kita lihat betapa kurang ajarnya penduduk di London. Sehingga pelajar Malaysia di pukul dan dirompak. Apa yang boleh wakil Malaysia di sana boleh buat. Hanya duduk diam dan tidak ambil berat langsung pada mangsa tersebut. Sekadar hanya datang melawat mangsa di hospital sahaja. Apa tindakan yang telah mereka lakukan? Oohh....baru ku tahu. Oleh kerana hal ini tidak kena kepada anak mereka sendiri. Kalo kena barulah mereka dah mengelupur jalankan siasatan terhadap perusuh tersebut. C'mon la bro...do something.??

Walaupon keadaan Asyraf Raziq Rosli agak stabil dan ok. Tp dia perlu pembelaan. Perlu ditegakkan keadilan. Jangan kita berdiam diri. Tanpa melaksanakan apa-apa jua tindakan. Dalam hal ni, wakil kita di sana perlu bertegas dengan undang-undang yang dijalankan di sana.




Monday, August 1, 2011

MB Kedah Masuk IJN kerana jantung tersumbat.

Kesihatan MB Kedah Dato' Seri Azizan Abdul Razak agak stabil dan buat masa beliau masih berada di IJN untuk rawatan susulan berhubung dengan keadaan saluran jantung MB yang tersumbat. Jadi beliau telah membuat pembedahan di IJN dan laporan dari Dokter, bahawa Dato' Seri sekarang dalam keadaan stabil. Kami sebagai rakyat berdoa semoga Dato' Seri dapat sembuh kembali dan dapat melaksanakan tugas beiau seperti biasa. Semoga Allah menyembuhkan Dato' Seri dengan sihat dan walafiat.

Harapan kami bahawa Dato' Seri dapat mentadbir negeri Kedah kembali dengan baik dan harmoni.





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More