Saturday, August 27, 2011

Media Perdana perlu bebas dari Cengkaman Politik dan Fitnah


Media Perdana merupakan sumber maklumat yang terkini sama ada dari dalam negara mahu pun luar negara. Namun kesahihan media perdana di negara kita sejak kebelakangan ini sudah tidak boleh diterima lagi kerana, sumber yang diperolehi telah diselewengkan dan diputarbelitkan sumber sebenar. Kerajaan tidak sepatutnya menggunakan media perdana untuk meraih sokongan dari rakyat menegenai isu politik. Media perdana juga telah disalahgunakan oleh kerajaan BN untuk kepentingan mereka sendiri sedangkan ia digunakan untuk rakyat. Isu yang dikemukakan di Media Perdana kebanyakkannya berat sebelah. Sepatutnya isu yang dibentangkan perlu dua hala dan rakyat boleh menilai mana kesahihan sumber yang mereka terima.

Zaman sekarang adalah zaman canggih dan zaman serba IT, jadi tidak salahlah pihak pembangkang menggunakan Internet dan sebagainya untuk mengemukakan sumber sebenar. Lebih-lebih lagi isu Datuk Seri Anwar mengenai kes liwatnya. Di manakah hak beliau untuk mempertahankan diri beliau dari angkara fitnah orang? Jadi, beliau terpaksa menggunakan internet untuk mempertahankan diri beliau dari isu tersebut. Ini kerana sumber yang sebelum ini boleh digunapakai oleh rakyat untuk membela nasib mereka telah disekat oleh Kerajaan BN sekarang. Mereka lupa bahawa ada yang lebih berkuasa dari mereka. 

Isu kerajaan menggunakan Media Perdana untuk berpolitik sudah lama. Namun pihak Parti Pembangkang tetap menggunakan apa jua kemudahan yang boleh digunakan senjata untuk berpolitik. Usahlah Media Perdana jadi pak turut dan pak mengarut kepada Kerajaan BN.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More