Apa yang dimaksudkan dengan "Totalitarianisme" ?
Totalitarianisme merupakan fahaman bahawa sistem pemerintahan yang paling ekstrem adalah dengan membenarkan kewujudan satu parti politik sahaja untuk memerintah negara secara total. Sistem ini adalah lebih ketara berbanding sistem diktator atau negara polis police state dan ia melibatkan propaganda yang berpanjangan untuk memastikan rakyatnya secara rela hati akan patuh dengan kerajaan.
Beberapa andaian mengenai Totalitarianisme.
Terdapat hujah yang menyatakan totalitarianisme memerlukan seorang tokoh hebat "pemimpin agung" yang
disanjungi sebagai ketua sesuatu regim. Kebanyakan masyarakat totalitarian mempunyai pemimpin seperti model ini - misalnya, Hitler, Stalin, Mao Zedong, Mussolini, Pol Pot, dan Kim Il-Sung. Oleh yang demikian ramai cendikiawan tidak menganggap era-Brezhnev Soviet dan kebanyakan negara Perjanjian Warsaw sebagai totalitarian. Namun, apabila kerajaan-kerajaan ini tumbang, sebahagian besar penduduknya dan para intelek di negara tersebut mengatakan pengalaman mereka ketika itu adalah sememangnya totalitarianisme. Oleh itu, pemimpin yang berkarisma tidak semestinya perlu di dalam sistem totalitarianisme.
- Percubaan untuk mengerahkan kesemua penduduk negara untuk menyokong ideologi rasmi negara. Semasa Rapat di Nuremberg 1934. kerajaan Nazi bawah pimpinan Adolf Hitler telah berjaya mengumpulkan lebih sejuta rakyat Jerman.
- Sikap tidak toleransi terhadap sebarang aktiviti yang bukan ke arah matlamat negara
- Regim Totalitarian akan mengekalkan kuasa melalui pelbagai cara seperti mewujudkan polis rahsia, propaganda melalui media yang dikawal kerajaan, menyekat kebebasan bersuara termasuk kritikan, penggunaan pengawasan yang berleluasa atau mass surveillance dan menggunakan taktik untuk menakutkan rakyat atau terror tactics.
Sudut Renungan
Berdasarkan dengan Ideologi totalitarianisme yang dipaparkan, adakah kerajaan di Malaysia sedang melaksanakan sistem totalitarianisme ini. Mengikut andaian tersebut, ciri-ciri dari sistem ini sudah kelihatan dari kepala mata kita sendiri. Kita sebagai rakyat, akan hilang hak untuk bersuara dan sentiasa patuh dengan keputusan kerajaan. Jadi, apakah tindakan kita sebagai rakyat. Di manakah sistem Demokrasi yang sebelum ini dijalankan?




0 comments:
Post a Comment