[London Olimpik 2012]Chong Wei Tumpas Lagi

Penantian untuk Lee Choong Wei mendapat emas pada Olimpik yang terakhir untuk dirinya masih tidak kesampaian

Apalah nasib Rohingya

Apakah kerajaan Malaysia akan lakukan terhadap isu Rohingya di Myanmar.? Adakah kerajaan hanya berdiam membisu..

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Top PC Games - Orc Must Die 2

Orcs Must Die! 2 thrusts players and their friends back into battle against a terrifying mob of orcs and other monsters.

Friday, March 30, 2012

DEMO ANTI-PTPTN


Pada tarikh 14 April 2012, SAMM bersama-sama dengan mahasiswa dan siswi berserta pembayar balik PTPTN akan melaksanakan satu DEMO Anti-PTPTN di Dataran Merdeka. Anggaran yang di anggarkan lebih kurang 5000 orang yang akan menyertainya. 

Tujuan DEMO ini diadakan bagi tujuan untuk memansuhkan PTPTN yang selama ini menjadi bebanan kepada siswa dan siswi setelah menamatkan pengajian kursus mereka di Kolej swasta mahupun Universiti. Proven berharap anda dapat turut serta dalam DEMO ini.

Sunday, March 25, 2012

Angakatan Kebangkitan Pemuda Nasional


Assalamualaikum wbt.

Salam perkenalan pada anda semua. Di sini proven ingin mengajak pemuda dan pemudi untuk bersama-sama dengan AKPeN (Angkatan Kebangkitan Pemuda Nasional) membawa dan menyokong perjuangan Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dalam mengembleng kerajaan BN. Dalam masa yang sama, AKPeN akan berusaha untuk menggerakkan jentera pilihanraya khususnya para pemuda dan pemudi dalam menentukan arah tuju negara Malaysia yang tercinta.

Sekian Terima Kasih

Saturday, March 24, 2012

Anwar Dikasari , Dipaksa Hentikan Ceramah Video Lucah

MANA HAK DEMOKRASI YANG DIBERIKAN OLEH KERAJAAN BARISAN NERAKA (BN)

Kenapa beliau dilayan sebegini rupa. Apa salah Dato' Seri Anwar Ibrahim sehingga kebebasan untuk memberi keterangan kepada rakyat tidak dibenarkan. Nampak sangat BN kini sedang takut dengan kebangkitan Rakyat di mana PRU 13, akan menjadi satu tiitk noktah bersejarah kepada BN bahawa BN akan menjadi sebuah parti pembangkang menggantikan Pakata Rakyat. Itu sebab Pemimpin-pemimpin BN mula merasa cacing kepanasan kerana kreadibiiti mereka untuk memonopoli ekonomi Malaysia semakin goyah. Jadi harta-harta mereka di dalam negeri dan luar negera, ladang-ladang kuda, estet-estet, tempat judi dan dsb akan hilang dan hanya harta celah gig mereka yang tinggal.

Itulah kalo harta yang dimilikinya, diperolehi dari rakyat yang sendiri hidup menderita ke atas kezaliman dan ketidakadilan sosio-ekonomi yang membezakan antara rakyat dengan pemimpin BN. Memandangkan BN telah memonopoli media massa dan media cetak , mereka sanggup buat apa sahaja demi menjaga periuk nasi mereka. Permainan politik yang telah dilakukan oleh BN selama ini, rakyat semakin muak dan loya. Permainan yang sudah kuno dan Usahlah Pemimpin BN membuaikan rakyat dengan janji-janji, bantuan 1 Malaysia, bantuan subsidi kepada orang felda, felcra dan dsb. yang hadir ketika hampir PRU. Cara ini sudah lama digunakan oleh Dr M dahulu. So. usah diulangi perkara yang lepas.

Proven ingatkan kepada seluruh Pemimpin BN, Jangan cabar kami! Mungkin kamu ada wang untuk menutup mulut rakyat. Tetapi rakyat ada Allah yang sentiasa bersama dengan Rakyat!! Bagi PDRM janganlah jadi barua BN dan UMNO. Hangpa di beri kepercayaaian oleh rakyat untuk menjaga keamanan Negara dan bukan menjaga Pemimpin BN. PDRM perlu adil dan saksama. Bukan engeh macam penagih ikut arahan Pemimpin yang zalim. "SATU HARI LU MESTI KENA JUGAK MALIK"

Anwar Ibrahim on current issues



Ucapan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Bukit Gedung, Pulau Pinang

Anak Menteri yang telah menyerang pengawal keselamtan

Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.

Mohamad Nedim Mohd Nazri AzizPengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.

Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku.





Thursday, March 15, 2012

UMNO Bukanlah Perjuang Kemerdekaan Sebenar

Berdasarkan dokumentari yang telah dijalankan, UMNO bukanlah perjuangkan kemerdekaan sebenar, namun UMNO hanya memperjuangkan orang melayu sahaja. Bukan Tanah Malaya. Jadi bolehkah UMNO menjadi Parti yang memperjuangkan Tanah Malaya dari Penjajahan Kolonial British. Sila ratapi video ini dan cuba kita fikirkan dan fahami dokumentari tersebut.







Pejuang sebenar Kemerdekaan Tanah Melayu.

Allahyarham Rashid Maidin



Seseorang pejuang Tanah Air yang telah banyak berkorban dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Namun hakikatnya beliau telah dikatakan sebagai peberontak Tanah Melayu. Ini adalah permainan British yang menggangap pejuang ini akan menggugat kedudukan British di Tanah Melayu. Tapi UMNO menganggap dorang yang telah memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Di bawah ini adalah video rentetan perjalanan hidup Allahyarham Rashid Maidin untuk kita fikir dan kita cuba fahami siapakah sebenar pejuang Tanah Melayu.










Mari kita sama-sama membaca Al-Fatihah dihadiahkan kepada Allahyarham Rashid Maidin. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dari Allah S.W.T. Al-Fatihah.

Sunday, March 11, 2012

Shahrizat Undur Diri.

Biarpun menyambut baik pengumuman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri, namun proven nak mengingatkan rakyat bahawa pengunduran itu tidak mampu mengembalikan semula wang yang dipinjam RM250 juta. Takkan beliau boleh dilepaskan begitu sahaja. Kes ini perlu disegerakan. Jangan sampai orang seperti ini terlepas dari kesalahan yang telah dilakukan. Tapi bagi proven, jika didunia beliau terlepas namun akhirat akan terima juga pembalasannya. Biarlah Allah tentukannya. Jika dulu peribahasa melayu mengatakan "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua". Tapi kini "Sebanyak-banyak lembu di kandang, banyak lagi rahsia kamu terbongkar".

Jika benar kerajaan BN ambil berat mengenai isu ini, diminta pihak atasan BN bertangungjawab ke atas kes ini. Jangan menganggap rakyat akan lupakannya. Ini hak rakyat bukan senang-senang depa nak guna untuk kepentingan keluarga depa itu sendiri. Lepas itu depa dapat lepas begitu. Banyak cantik hang!!

Pelepasan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga telah memberi peluang kepada Kerajaan BN untuk mengurangkan konspirasi dalaman BN yang kini telah mengurangkan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran Kerajaan BN. 

Lynas tetap akan beroperasi tetapi bersyarat.

Sudah diduga dan dibaca oleh pemikiran saya bahawa Projek Lynas tetap akan dibangunkan di Pahang. Mana mungkin Kerajaan akan menghentikannya, ini kerana Projek tersebut sudah siap 80%. Sudah semestinya ia akan  dibangunkan dengan segera. Suara rakyat ibarat diabaikan oleh Kerajaan. Inikah kerajaan yang bersama dengan rakyat. Kalau benar BN bersama rakyat maka, sila lah dengar permintaan dari rakyat. Kamu sudah lupa bahawa yang mengundi kamu , mengangkat kamu sebagai pentadbir, memberi kepercayaan kepada kamu adalah semuanya dari rakyat. Kenapa bila suara dari rakyat untuk membantah pembinaan Lynas kamu abaikan.

Kerajaan BN perlu sedar bahawa projek ini akan memberi kesan yang bahaya kepada seluruh rakyat Malaysia jika berlaku masalah teknikal yang terdapat dalam Lynas. Kemalangan tidak akan mengenal bau dan bila ia mahu berlaku. Tapi sebagai langkah pencegahan awal, lebih elok ia dihentikan pembinaan ini dengan segera. Biarlah kerajaan menanggung rugi berjuta-juta asalkan masalah ini tidak meninggalkan kesan yang berisiko kepada rakyat. Kita kena peka dengan kesan yang akan berlaku pada masa akan datang bukannnya kesan yang akan berlaku pada ketika itu. Saya rasa Kerajaan pon sudah tahu akan kesan dari bahan buangan radioaktif ini. Namun pihak kerajaan ambil acuh tidak acuh akan hal ini.

Adakah projek ini akan menguntungkan kerajaan? Nampak sangat Kerajaan BN hanya memikirkan keuntungan dan bukan memikirkan hal rakyat. Ingat wahai kerajaan BN, tanpa rakyat takkan ada kerajaan BN sekarang. Bukan kerana jasa kamu negara akan menjadi sebuah negara maju, tetapi dalang disebaliknya adalah Rakyat itu sendiri. Kejayaan takkan datang tanpa kerjasama dari rakyat sendiri.


Hentikan Lynas! atau Rakyat akan hentikan kerajaan BN pada PRU 13 mendatang. Ingat masa depan Kerajaan BN di tangan rakyat yang mengundi. Kita merancang tetapi Perancangan Allah lebih baik dari perancangan kita dan segala perancangan ditentukan oleh Allah.

Monday, March 5, 2012

Kisah sebenar Hitler yang digelapkan oleh media Barat/Zionis/Yahudi

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah artikel yang saya dapat dari seorang kawan yang telah memparkan dari blognya...dan saya kongsi bersama anda semua...

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...


Berdasarkan artikel yang dipaparkan, beliau telah mendapat sebuah email dari sahabatnya dari Arab Saudi mengenai kisah sebenar pemimpin kuku besi yang telah digelarkan oleh satu dunia. Namun terdapat kisah hidupnya yang telah dipadam atau tidak diceritakan oleh pakar sejarah. Ini merupakan salah satu kerja Yahudi dan America yang telah membuang maklumat sejarah mengenainya.

Di sini akan saya paparkan balik artikel tersebut.

Berdasarkan artikel tersebut , blogger ini telah meminta dari sahabatnya untuk mendapatkan maklumat mengenai kisah tokoh-tokoh Islam pada masa dahulu. Namun sahabatnya telah menyarankan Kisah Pemerintahan tokoh yang berkuku besi iaitu Hitler. Pada awalnya blogger tersebut tidak mempercayainya tentang artikel yag diberi. Akan tetapi sahabatnya telah ceritakan kepadanya bahawa terdapat kisah sejarah hidup Adolf Hitler yang tidak diceritakan oleh pakar sejarah. Lalu blogger tersebut memulakan perbicaraan tersebut dan ini kisah yang sebenar di zaman pemerintahan Adolf Hitler.

" Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.


Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.


Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...



Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...


Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.


Sila edarkan info kepada rakan-rakan anda

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More