Sunday, March 11, 2012

Shahrizat Undur Diri.

Biarpun menyambut baik pengumuman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri, namun proven nak mengingatkan rakyat bahawa pengunduran itu tidak mampu mengembalikan semula wang yang dipinjam RM250 juta. Takkan beliau boleh dilepaskan begitu sahaja. Kes ini perlu disegerakan. Jangan sampai orang seperti ini terlepas dari kesalahan yang telah dilakukan. Tapi bagi proven, jika didunia beliau terlepas namun akhirat akan terima juga pembalasannya. Biarlah Allah tentukannya. Jika dulu peribahasa melayu mengatakan "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua". Tapi kini "Sebanyak-banyak lembu di kandang, banyak lagi rahsia kamu terbongkar".

Jika benar kerajaan BN ambil berat mengenai isu ini, diminta pihak atasan BN bertangungjawab ke atas kes ini. Jangan menganggap rakyat akan lupakannya. Ini hak rakyat bukan senang-senang depa nak guna untuk kepentingan keluarga depa itu sendiri. Lepas itu depa dapat lepas begitu. Banyak cantik hang!!

Pelepasan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga telah memberi peluang kepada Kerajaan BN untuk mengurangkan konspirasi dalaman BN yang kini telah mengurangkan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran Kerajaan BN. 

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More