Sudah diduga dan dibaca oleh pemikiran saya bahawa Projek Lynas tetap akan dibangunkan di Pahang. Mana mungkin Kerajaan akan menghentikannya, ini kerana Projek tersebut sudah siap 80%. Sudah semestinya ia akan dibangunkan dengan segera. Suara rakyat ibarat diabaikan oleh Kerajaan. Inikah kerajaan yang bersama dengan rakyat. Kalau benar BN bersama rakyat maka, sila lah dengar permintaan dari rakyat. Kamu sudah lupa bahawa yang mengundi kamu , mengangkat kamu sebagai pentadbir, memberi kepercayaan kepada kamu adalah semuanya dari rakyat. Kenapa bila suara dari rakyat untuk membantah pembinaan Lynas kamu abaikan.
Kerajaan BN perlu sedar bahawa projek ini akan memberi kesan yang bahaya kepada seluruh rakyat Malaysia jika berlaku masalah teknikal yang terdapat dalam Lynas. Kemalangan tidak akan mengenal bau dan bila ia mahu berlaku. Tapi sebagai langkah pencegahan awal, lebih elok ia dihentikan pembinaan ini dengan segera. Biarlah kerajaan menanggung rugi berjuta-juta asalkan masalah ini tidak meninggalkan kesan yang berisiko kepada rakyat. Kita kena peka dengan kesan yang akan berlaku pada masa akan datang bukannnya kesan yang akan berlaku pada ketika itu. Saya rasa Kerajaan pon sudah tahu akan kesan dari bahan buangan radioaktif ini. Namun pihak kerajaan ambil acuh tidak acuh akan hal ini.
Adakah projek ini akan menguntungkan kerajaan? Nampak sangat Kerajaan BN hanya memikirkan keuntungan dan bukan memikirkan hal rakyat. Ingat wahai kerajaan BN, tanpa rakyat takkan ada kerajaan BN sekarang. Bukan kerana jasa kamu negara akan menjadi sebuah negara maju, tetapi dalang disebaliknya adalah Rakyat itu sendiri. Kejayaan takkan datang tanpa kerjasama dari rakyat sendiri.
Hentikan Lynas! atau Rakyat akan hentikan kerajaan BN pada PRU 13 mendatang. Ingat masa depan Kerajaan BN di tangan rakyat yang mengundi. Kita merancang tetapi Perancangan Allah lebih baik dari perancangan kita dan segala perancangan ditentukan oleh Allah.




0 comments:
Post a Comment