[London Olimpik 2012]Chong Wei Tumpas Lagi

Penantian untuk Lee Choong Wei mendapat emas pada Olimpik yang terakhir untuk dirinya masih tidak kesampaian

Apalah nasib Rohingya

Apakah kerajaan Malaysia akan lakukan terhadap isu Rohingya di Myanmar.? Adakah kerajaan hanya berdiam membisu..

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Top PC Games - Orc Must Die 2

Orcs Must Die! 2 thrusts players and their friends back into battle against a terrifying mob of orcs and other monsters.

Wednesday, September 21, 2011

Hukum Hudud perlu dilaksanakan.

Berdasarkan kenyataan dari bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, "Pelaksanaan hudud memerlukan ijtihad atau pandangan baru dengan mengambil kira soal perubahan zaman dan tempat."

Islam adalah agama yang sudah lama berada di muka bumi ini. Jadi segala apa yang telah berlaku di muka bumi ini adalah ketentuan Allah. Allah yang mencipta perjalanan hidup di dunia. Allah yang mengatur segala sistem peredaran di dunia. Apa yang telah Allah aturkan untuk manusia dan segala makhluk adalah kehendak dari Allah. Kita tidak mampu untuk mengubah ketentuan-Nya. Sama juga dengan hukum hudud, hukuman yang dilaksanakan dalam perundangan syariat Islam. Allah yang mencipta hukum hudud ini dan ia ada sebab dan bukan suka-suka Allah menyuruh hukum hudud dilaksanakan.

Balik kepada diri sendiri, Apa tujuan kita hidup di dunia? Apa tujuan kita dijadikan oleh Allah? Semua jawapan itu adalah kita perlu bertaqwa dan mengabdikan diri kita kepada Allah. sebagai hamba kepada Allah, taraf kita adalah terlalu rendah kepada Allah. Jadi apa jua arahan dan perintah dari Allah tidak perlu ada pertikaian. Tujuan hukum hudud dilaksanakan bukan bertujuan untuk kepentingan di dunia tapi kepentingan di akhirat kelak. Banyak kebaikan yang kita boleh perolehi dalam melaksanakan hukum hudud.

Antaranya ialah :

  1. Negara kita akan aman dan damai.
  2. Kadar jenayah akan berkurangan dan dapat dibanteras.
  3. Maksiat dapat dibanteras.
  4. Pengabdian diri kepada Allah semakin meningkat di kalangan manusia
  5. Negara akan bertambah maju.
Banyak lagi yag boleh disenaraikan, kita dapat lihat walaupun Negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan tapi Adakah negara kita aman dan damai.? Jenayah berlaku di mana-mana. Maksiat berleluasa. Rasuah semakin berleluasa. Apa yang berlaku di Negara kita kini semakin hari, perkara sebegini dah menjadi perkara yang biasa didengari. Jadi kita peru segerakanla hukum hudud. selamat berfikir dan beramal

" MIss Bikini Malaysia : MB, Mufti Perak perlu beri penjelasan"

Apa semua ini. Adakah negara Malaysia ini adalah sama seperti negara-negara barat? "FULL MOON BEACH PARTY" nama yang diberi oleh penganjur. Ia akan berlangsung di Pangkor Island Beach Resort. Ini adalah kawasan Negeri Perak yang ditadbir oleh kerajaan BN. Diketuai oleh MB Perak, Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir. Adakah kerajaan negeri tahu akan berlangsungnya parti ini.? Atau kerajaan negeri membenarkan berlangsungnya parti ini. Adakah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah mengeluarkan lesen untuk penganjuran parti ini di Pulau Pangkor?

Bukan setakat itu, di dalam program tersebut difahamkan salah satunya program yang berlangsung adalah Pertandingan MISS BIKINI MALAYSIA. Kemungkinan besar ramai peserta yang turut memeriahkan program tersebut adalah sebahagiannya di kalangan orang melayu Islam.

Penganjur program ini telah mengiklankan program ini di dalam akhbar berbahasa Inggeris dan laman sosial Facebook. Saya meminta pihak berkenaan dapat memberi penjelasan berikutan sudah tersebarnya hebahan pertandingan tersebut yang boleh memalukan negara. Biarlah pelancong datang melawati negara kita dengan dapat mengenali budaya, agama dan bangsa kita. Janganlah pelancong datang melawati negara kita dengan mengenali budaya yang dibawa oleh mereka sendiri ke dalam negara kita. Ini bermaksud walau seribu tahun kita merdeka tetapi minda dan budaya kita masih belum dapat dimerdekakan.

Walaupun event ini dihadiri oleh orang yang bukan Islam, tapi sebagai sesebuah Negara Islam, pihak penganjur perlu menghormati orang Islam dan budaya orang Islam di dalam negara kita.

Tolong pikir-pikirkan dan tindakan segera perlu diambil oleh pihak-pihak berkenaan bagi membatalkan program tersebut.

"Runtuh sesebuah negara Islam adalah berpunca dari runtuhnya iman dan taqwa kepada Allah. Maka Allah tidak akan melindungi mereka."

Marilah kita bersama-sama menjauhkan diri kita dengan maksiat. Sesungguhnya maksiat itu, boleh mengundangkan runtuhnya akhlak muda mudi kita di zaman ini.

Wednesday, September 14, 2011

Polemik Tragedi Bukit Kepong – Kembalilah Kepada Agenda Islam

Mat Sabu terus diserang dalam polemik Bukit Kepong. Segala jenis media UMNO terus dipergunakan untuk memainkan isu ini untuk meraih populariti di hati rakyat dengan berlagak sebagai hero. Namun begitu, sejauh manapun isu ini terus dipermainkan, ia langsung tidak memberi kebaikan kepada umat Islam. Dalam tragedi Bukit Kepong, balai polis telah diserang oleh pihak komunis. Ini merupakan satu fakta yang tidak boleh disangkal. Tapi, mengapa dalam keghairahan para pemerintah memaki hamun pihak komunis, dalam masa yang sama mereka terus menatang ideologi kapitalis yang diwarisi dari penjajah? Apakah ideologi kapitalis itu mulia dan ideologi komunis itu hina dan berbahaya?

Dalam tragedi Bukit Kepong, kita dapati dua pihak yang bertelagah, iaitu polis di pihak British (kapitalis) bertembung dengan Parti Komunis Malaya. Pertembungan dua ideologi ini merupakan suatu yang alami kerana hakikatnya, dua ideologi ini bertentangan di antara satu sama lain. Yang jelas, kapitalis mahupun komunis, kedua-duanya merupakan malapetaka bagi umat Islam. Ini kerana, ideologi yang lahir daripada akal manusia ini adalah penuh dengan kerosakan dan kehancuran. Malahan, kehancuran dunia yang boleh kita lihat pada masa ini adalah kesan daripada penerapan kedua- dua ideologi ini di dalam kehidupan umat. Yang pasti, pihak yang diserang, mahupun pihak yang menyerang, kedua- duanya tidak membawa agenda Islam. Lebih keji lagi, sekiranya segala polemik ini sengaja dipermainkan untuk meraih undi pilihanraya.

Wahai kaum Muslimin! Janganlah kalian tertipu dengan permainan pemerintah yang berhati busuk! Bagi mereka yang menyatakan mereka adalah pejuang Islam, kembalilah ke pangkal jalan. Usahlah sejarah hitam itu pula yang menjadi sandaran, tetapi jadikanlah perjuangan Rasulullah S.A.W sebagai ikutan. Perjuangan Rasulullah S.A.W menentang kaum musyrikin serta membawa sinar Islam ke seluruh jazirah Arab sepatutnya menjadi ikutan, tauladan serta perjuangan. Jadikanlah pejuangan Rasulullah S.A.W membawa agenda Islam sebagai suri tauladan, dan bukannya perjuangan menatang ideologi kapitalis, mahupun komunis sebagai ikutan. Wallahu a’lam.

Tuesday, September 13, 2011

Sokong Mat Indera Pendirian Rasmi PAS?

Berdasarkan artikel yang telah dipaparkan oleh berita Utusan Malaysia mengenai  sokongan padu yang diberikan oleh barisan kepimpinan Pas terhadap kenyataan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu yang mengangkat Mat Indera dan komunis sebagai pejuang, membayangkan pendirian rasmi parti itu.

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin berkata, sejak kenyataan itu dikeluarkan, para pemimpin Pas seperti Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Naib-Naib Presidennya dilihat menyokong Mohamad atau Mat Sabu.

“Nyatalah kenyataan Mat Sabu mengangkat Mat Indera dan anggota komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai wira negara menjadi dasar dan pendirian Pas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Timbalan Presiden Pas itu sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menyifatkan Mat Indera dan anggota komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai wira sebenar tragedi berdarah itu.

Perkara itu disebut dalam satu ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu dan ekoran daripada itu pelbagai pihak bertindak mengecam kenyataan tersebut malah ada yang membuat laporan polis terhadapnya.

Ketika berucap di Juru, Pulau Pinang malam kelmarin, Mat Sabu terus mempertahankan Mat Indera sebagai hero sebenar dan bukannya 25 anggota polis serta ahli keluarga mereka yang terkorban ketika mempertahankan diri dalam serangan itu.

Mengulas lanjut Farahana berkata, tidak keterlaluan juga pendirian baru Pas berhubung Mat Indera dan komunis kali ini boleh dianggap usaha mereka untuk memutarbelitkan sejarah negara.

“Setelah berjaya menggunakan ayat-ayat al-Quran demi kepentingan politik, Pas cuba memutarbelitkan 
sejarah negara tetapi malang bagi parti itu apabila ramai pihak yang menentang mereka.

“JMM berpendapat apa yang dilakukan oleh Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin atasan Pas yang lain tidak ubah seperti pelacur sejarah negara,” ujarnya.

Komen dari Proven.

PAS menegakkan apa yang betul tetapi UMNO menegakkan apa yang salah. Jika benarlah UMNO mempunyai fakta sejarah yang sah silalah berdebat dengan pemimpin PAS, tapi pihak UMNo tidak mampu untuk lakukan kerana dikhuatiri rahsianya akan terbongkar satu demi satu. Disebabkan itu, UMNO sentiasa mengutuk PAS begini, PAS begitu? Ini kerana mereka sudah tidak ada fakta yang sahih untuk dibentangkan kepada rakyat. Kenapa isu Mat Sabu dikatakan memutarbelitkan fakta Sejarah? Sedangkan yang sebenarnya memutarbelitkan fakta sejarah ialah Prof Zainal Kling yang memberi kenyataan bahwa tanah melayu tidak pernah dijajah oleh British tetapi British cuma melindungi dan menaungi Tanah Melayu.

Kenapa isu ini tidak diambil kira oleh UMNO sedangkan fakta sejarah memang terang-terang sudah diputarbelitkan oleh Prof Zainal Kling. Sebab apa beliau tidak didebatkan, kerana beliau menyokong UMNO, jadi tidak perlulah didebatkan isu beliau. Bagi mereka, sesiapa yang menyokong UMNO tidak perlulah dihebohkan isunya. Tapi jika beliau seorang yang menyokong Pakatan Rakyat, kemungkinan besar beliau akan dikenakan tindakan seperti mana mereka hendak mengenakan tindakan ke atas Mat Sabu.

Isu MAt Indera yang dinyatakan oleh Mat Sabu dlaam ceramah beliau di Pulau Pinang, telah membuka minda rakyat khususnya mereka yang inginkan kemerdekaan sebenar bahwa sebahagian Sejarah Malaysia yang selama ini mereka pelajari di sekolah hanyalah rekaan semata-mata dan ditokoktambah ceritanya. Jadi sebelum mereka mengetahui sejarah sebenar Malaysia, mereka perlu adakan penyelidikan yang menyeluruh bagi memastikan bahawa fakta sejarah Malaysia yang diterima adalah tepat dan bukanlah ditokoktambah oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan isu yang masih hangat sekarang ini, Malaysia tidak perlu menyambut kemerdekaan kerana Malaysia tidak pernah dijajah oleh mana-mana penjajah pun. So, dari dahulu lagi Malaysia sudah merdeka dan tidak ada mana-mana parti yang memperjuangkan kemerdekaan. Jika benarlah apa yang diungkapkan oleh Prof Zainal Kling berhubung dengan isu ini.

Monday, September 12, 2011

Buku Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia

Ini adalah buku Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia yang telah dihimpunkan segala dokumen dan perjanjian dari tahun 1791 sebelum kemerdekaan hingga 1965 selepas kemerdekaan. Segala kebenaran dan kepastian mengenai sejarah tanah melayu samada pernah dijajah atau tidak, dapat dipastikan dalam buku ini.

Sinopsis Buku ini.


Buat julung kalinya, terbitlah sebuah buku yang memuatkan himpunan perjanjian dan dokumen lama yang penting mengenai Malaysia (dari zaman penjajahan Inggeris hingga saat pembentukan Malaysia dan pemisahan Singapura) - buku pertama seumpamanya di Malaysia dan hanya yang keempat di dunia. Bahan yang dipaparkan menunjukkan sorotan peristiwa bersejarah yang berlaku di tanah air, dari Zaman Kesultanan Melayu dan penjajahan kuasa asing hinggalah saat perjuangan menuntut kemerdekaan. Diambil daripada sumber khazanah ilmu Arkib Negara Malaysia, himpunan perjanjian dan dokumen lama ini dibentangkan dalam bentuknya yang lengkap, dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ia mengandungi maklumat sejarah yang berharga dan seharusnya dijadikan iktibar serta rujukan oleh segenap lapisan masyarakat.

Sunday, September 11, 2011

Dr M: Secara teknikal, negeri Melayu tak dijajah.

Hakikat kehadiran British di Malaya adalah kerana mereka bertindak seperti penjajah, kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

Justeru, Mahathir bersetuju kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British, tetapi menegaskan hakikatnya, sultan-sultan akhirnya bertindak mengikut arahan British.

"Kita secara teknikal tidak pernah terjajah. Apa yang kita lakukan adalah sultan-sultan memutuskan untuk menjemput British datang ke mari dan menasihatkan mereka mengenai cara mentadbir negeri. Dalam kata itu, kita tidak dijajah.

"Seperti di Pulau Pinang, kita dibayar supaya memberikan mereka stesen untuk berdagang... Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka beroperasi seolah-olah kita dijajah. 
"Dalam kata lain, British tidak memberi nasihat, tetapi memberi arahan,” katanya lagi.



Komen Dari Proven


Jika benarlah British tidak menjajah Malaya kenapa slogan kemerdekaan di laungkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tarikh 31 Ogos 1957.? Jadi buat apa kita sambut kemerdekaan sedangkan kita tidak pernah dijajah. Di sini kita dapat lihat bahawa sekarang ni kita tidak perlulah mengagungkan para pejuang Tanah Malaya kerana mereka bukan berjuang untuk mendapat kemerdekaan tetapi mereka berjuang untuk mendapat hak-hak kepentingan diri mereka.

Kerajaan sudah memeperlekehkan usaha para pejuang Tanah Melayu yang dahulunya berjuang untuk menuntut kemerdekaan tetapi pada teori yang dilabelkan oleh kerajaan, mereka bukanlah berjuang atas dasar perjuangan untuk memerdekakan tanah malaya malah sebaliknya. Sambutan Kemerdekaan yang berlangsung di serata Negeri adalah bertujuan apa sebenarnya? Untuk menghabiskan duit rakyat atau pon untuk meraih undi dari rakyat.

Kita sebagai rakyat telah ditipu sekali oleh kerajaan Barisan Nasional yang selama ini menganggap bahawa mereka lah yang memperjuangkan kemerdekaan sedangkan mereka menyatakan negara kita tidak pernah dijajah. Kenapa isu ini dikeluarkan setelah 54 tahun kita menyambut kemerdekaan. Adakah sejarah yang kita belajar di zaman bangku persekolahan adalah rekaan semata-mata oleh kerajaan Barisan Nasional.

Saya harap para ahli sejarahwan yang mengeluarkan kenyataan berkenaan, sila lah tarik balik kenyataan tersebut. Ini kerana fakta sejarah yang telah dikeluarkan oleh ahli sejarahwan negara tidak sama dengan fakta yang terdapat dalam buku-buku sejarah sekolah. Jadi kemungkinan besar  pelajar-pelajar sekolah yang mempelajari subjek Sejarah akan keliru tentang sejarah negara. Pihak Pendidikan perlu mengolah balik sejarah sebenar tanahair kita.

Friday, September 9, 2011

Zainal Kling: Malaya tak pernah terjajah???

Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.



Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.


"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.


"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.

"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya hari ini.



KOmen dari Proven :


Adakah negara kita tidak pernah dijajah? Bagaimana pula dengan Portugis, Belanda, Jepun dan British yang datang menjajahi negara kita. Adakah mereka datang hanya melindungi dan menaungi negara kita. Cuba kita fikirkan adakah sesebeuah negara datang ke negara kita pada masa lalu, hanya sekadar melindungi negara kita. Sebaiknya, baik mereka melindungi negara mereka sendiri dari melindungi negara orang. Tidakkah bodoh bagi negara asing datang untuk melindungi negara kita.


Pernahkah Prof nie terfikir, pada ketika itu, penjajahan merupakan cara yang berkesan untuk sesebuah negara berkuasa dalam memonopoli ekonomi dunia. Mereka akan memonopoli hasil bumi dari tanah orang lain untuk kepentingan ekonomi mereka.


Cuba kita fikir secara matang. Jangan disebabkan untuk menyedapkan hati sebelah pihak. Statement yang diberikan lebih cenderung kepada kebodohan dan ketidakmatangan seseorang.

Gambar Mat Sabu kena bakar?

Kenapa dibakarnya gambar Mat Sabu? sampai beginikah pemikiran mereka sampai  membakar gambar Mat Sabu. Adakah ini salah satu provokasi yang sentiasa dilakukan oleh kerajaan UMNO. Bila mereka tidak suka akan seseorang, mereka membuat provokasi sebgini. Mana pergi rasionalnya pemikiran mereka tanpa menyedari ke atas tindakan mereka. Adakah Mat Sabu tue orang komunis? Sudah diperiksa ke latar belakang beliau.

Kalo kita selami balik cerita pasal artis yang telah mengutuk Nabi Muahammad s.a.w dengan isterinya Siti Khadijah. Apakah tindakan kerajaan menangani isu tersebut? Setakat gam selama beberapa bulan, kemudian beliau mula berlakon kembali. Kalo nak dipertikaikan , dengan isu ini, aku rase ia lebih sensitif dari isu Mat Sabu? Mat Sabu cuma menaikkan nama Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan namun setengah-setengah pihak memikirkan sebaliknya.

Jika kita lihat perkara yang sama berlaku kepada penentang kerajaan british ketika dahulu seperti Tok Janggut, Dato' Bahaman, Mat Kilau dan lain-lain lagi. Kenapa kisah mereka dikeluarkan dalam sejarah Malaysia. Walhal mereka semua penentang kerajaan British. Di dalam kes Bukit Kepong , persamaan dari segi perjuangan mereka adalah sama. Mereka inginkan kebebasan dan kemerdekaan dari dijajah oleh Penjajah. Kenapa mereka dipanggil pejuang tanahair. Sedangkan mereka juga membunuh mereka yang bersekongkol dengan Pnjajah.

Di sini kita dapat lihat segala arkib sejarah yang telah dipaparkan sebahagian darinya telah dilupus dan diputarbelitkan oleh British supaya sesiapa pon tidak akan tahu akan sejarah sebenar mereka. Bagi penjajah, mereka yang telah menentang British adalah terrorist atau komunis. Adakah benar Mat Indera itu komunis?

Berdasarkan Buku Pengukir Nama Johor, kenapa diselitkan kisah Mat Indera? Jika benar beliau komunis kenapa diselitkan kisahnya ke dalam buku tersebut. Sedangkan MB Johor yang mengiktirafkan buku terbitan dari YWJ. Adakah MB Johor memutarbelitkan teks ucapan beliau ketika merasmikan buku tersebut?

Di sini kita dapat lihat bahawa MB Johor hanya sekadar membaca sebahagian buku tersebut kerana beliau tidak menyedari bahawa terdapat cerita mengenai Mat Indera dalam buku tersebut. Janganlah anggap kami sebagai rakyat tidak cerdik dengan isu sebegini, malah kita lebih matang dari mereka-mereka yang cuba nak perbodohkan kami dengan isu ini. Pihak kerajaan sebenarnya memliki sikap ingin membunuh terus karier politik Individu jika didapati mereka telah diancam dengan tuduhan yang telah dilemparkan oleh Individu.

Sepatutnya segala teguran perlu diambil dengan terbuka, bukan dengan cara memprovokasi sebegini. Jika anak tidak boleh ditegur oleh ibubapanya, apa akan jadi pada anak tersebut? kemungkinan anak tersbut akan derhaka kepada ibubapanya. Dan anak itu akan melakukan segala kejahatan dengan lebih berleluasa dan agresif. Dalam konsep ini, samalah juga dengan kerajaan. Jika kerajaan tidak boleh ditegur oleh rakyat, kerajaan akan menderhaka kepada rakyat. Apa jua kejahatan yang dilakukan dalam kerajaan akan semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Perkara ini akan menjadi kebiasaan kepada kerajaan jika berlaku sesuatu kejahatan.

Kita fikirkan eleok-elok sama ada kita ini dibawah tampok yang benar atau salah.?



Wednesday, September 7, 2011

Debat : KJ tidak perlu meraih populariti dengan cara berdebat

Berdasarkan dari Keratan Akhbar Utusan Malaysia menyatakan Kerajaan Pas Kelantan mengesahkan telah menghantar jemputan rasmi kepada Khairy (gambar) dan Mohamad untuk berdebat berhubung isu tragedi serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Mereka menyifatkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sebagai orang yang lari daripada tanggungjawab apabila beliau enggan berdebat dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berhubung isu tragedi serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Manakala jawapan mengenai jemputan rasmi dari Kerajaan Pas Kelantan telah dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohmed Fadli Hassan berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi menjemput mana-mana pihak untuk berdebat.

“Kita (kerajaan negeri) tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi jemputan kepada mana-mana pihak untuk menganjurkan debat,” ujarnya.

Beliau berkata, apa yang berlaku ialah, satu email telah dihantar oleh Ustaz Baihaqi Atiqullah, yang menanyakan pendapat kepada Khairy Jamaluddin, sekiranya diadakan satu perdebatan antara ketua pemuda Umno berkenaan bersama Timbalan Presiden PAS.

“Ust Baihaqi adalah timbalan saya. Beliau hanya menanyakan pendapat pada Khairy melalui email, bukannya jemputan rasmi.

“Ust Baihaqi dan Khairy telah pun mempunyai hubungan pribadi sebelum dari ini dan pertanyaan itu adalah bersifat peribadi,” ujarnya lagi.

Dari mana KJ menyatakan bahawa email yang diberikan kepadanya adalah jemputan rasmi. Adakah ini satu pembohongan dari KJ untuk meraih populariti dari masyarakat sedangkan KJ sudah tidak diterima oleh UMNO dan kerajaan. Mat Sabu sebenarnya ingin berdebat dengan Tan Sri Muhyiddin, Timbalan Perdana Menteri yang selama ini sentiasa mengutuk beliau dalam beberapa temubual dengan media. Kenapa Tan Sri Muhyiddin tidak berani tampil untuk berdebat.

PENJELASAN TERHADAP ISU SERANGAN BALAI POLIS BUKIT KEPUNG OLEH PENGERUSI PARTI KOMUNIS MALAYA

Pada 23 Februari 1950, satu kompeni pasukan gabungan yang terdiri dari kawan-kawan Tionghua dan 2 platun kawan Melayu di bawah pimpinan Mat Indera melancarkan serangan mendadak ke atas Balai Polis penjajah di Bukit Kepong yang berkekuatan 1 platun.

Mereka mengetahui bahawa polis-polis di situ terdiri dari orang Melayu. Untuk mengelakkan pertumpahan darah yang besar mereka tak putus-putus melaungkan seruan “surrender”, “buang senapang tak mati”, agar polis-polis itu terselamat dari maut. Akan tetapi kerana polis-polis itu berlawan mati-matian, mereka terus ditekan dengan tembakan hebat dan lontaran bom tangan sehingga balai polis tersebut terbakar dan ditawan. Kompeni tersebut merampas sejumlah senjata dan peluru.

Selepas pertempuran itu, Mat Indera memimpin rapat umum di kalangan massa. Mat Indera telah menjelaskan pertempuran tersebut kepada massa. Massa rakyat amat terberangsang dengan kemenangan pertempuran tersebut. Mereka menyampaikan tahniah dan menghulurkan derma kepada pasukan.

Pertempuran menyerang Balai Polis Bukit Kepung mencerminkan betapa sengit dan menggeloranya perjuangan untuk kemerdekaan Malaya. Akan tetapi sayangnya ia telah disalah ertikan sebagai “keganasan” oleh penjajah dan juga oleh sebilangan orang yang berpendirian menyokong penjajahan. Sebuah filem Peristiwa Bukit Kepung telah diterbitkan untuk memutarbelitkan sejarah. Dalam filem itu, mereka yang membela penjajah dikatakan sebagai “pejuang, pahlawan” manakala yang berjuang menentang penjajah dikatakan sebagai “pengganas”. Ini benar-benar terbalik 180 darjat.

Filem itu mendapat reaksi yang berbeza di kalangan massa rakyat. Golongan patriotik – demokratik menentang filem tersebut kerana memutarbelitkan kenyataan sejarah. Keluarga Mat Indera juga mengutuk filem itu kerana tidak betul dengan kenyataan sebenarnya.

—
dipetik dari Memoir Abdullah C.D., Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, muka 116 -117, terbitan SIRD,2007

Penyelewengan Sejarah UMNO

Berikut adalah sedutan Ucapan Tun Hussein Onn semasa Pilihanraya Kecil Bukit Raja, Oktober 1988.

"Kita semua menyokong perjuangan Umno. Kita semua sayangkan Umno. Kita akan terus kekal sebagai ahli Umno. Tetapi parti yang kita sayangi, yang kita sokong, dan parti yang kita ingin kekal bersama ini ialah Umno Asal – Umno yang ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Arwah bapa saya dan disambung oleh YTM Tunku Abdul Rahman, juga dipimpin oleh Arwah Tun Razak, saya sendiri dan kemudiannya, untuk satu jangka waktu oleh Dr. Mahathir sendiri.

Persoalan saya…dimanakan Umno Asal itu? Umno yang disayangi oleh orang Melayu, yang telah menyatupadukan umat Melayu dengan bangsa-bangsa yang lain, dimana telah membawa kesejahteraan dan keamanan kepada negara ini dan rakyatnya dan telah dengan jayanya berjuang untuk kemerdekaan – Umno itu sudah tidak lagi wujud. Ianya telah diisytiharkan haram dan terbubar oleh Dr. Mahathir dan rakan-rakanya dan digantikan dengan satu parti lain yang dinamakan Umno Baru. Sekiranya kita membandingkan bentuk dan struktur Umno baru dengan Umno Asal, sama ada dari sudut perlembagaan ataupun prinsip, dimanakah persamaanya? Penubuhan Umno Baru adalah satu tindakan pengkhianatan yang tidak boleh diampun, sama ada oleh ahli-ahli Umno Asal ataupun Umno baru. Walaupun kesihatan saya tidak begitu memuaskan termasuk serangan jantung, Saya berjanji bahawasaya akan berjuang untuk menentang pengkhianat-pengkhianat ini sehingga akhir."


Berikut pula ialah perutusan Tunku Abdul Rahman.

Saya memimpin orang-orang Melayu apabila Dato Onn mahu menukar perlembagaan Umno untuk membuka pintu kepada rakyat Malaya yang lain. Saya dipilih untuk menggantikan Dato Onn. Apabila DatoOnn keluar dari Umno, Dato Onn sendiri memberitahu saya " Inilah orang yang paling layak untuk memimpin Umno kerana Umno dilahirkan di istana dan sekarang ianya dipimpin oleh kerabat Istana." Dato onn tidak menggunakan kuasanya untuk terus memimpin Umno walaupun dia memegang tampuk kuasa pada masa itu. Dia sedar bahawa sekiranya dia terus memimpin Umno, perpaduan Melayu itu akan pecah. Dia berundur. Apa yang penting baginya ialah Orang Melayu kekal kuat dan bersatu. Dato Onn berundur secara terhormat.

Selepas saya, Tun Razak menjadi Presiden Umno. Masa berubah. Keadaan politik juga berubah. Perikatan ditukarkan menjadi Barisan Nasional dan membuka pintu kepada beberapa parti politik lain. Umno kekal kuat dan bersatu. Rakan-rakan kami bertambah apabila parti-parti politik dari Sabah menyertai kami untuk kepentingan negara. Tun razak digantikan dengan Tun Hussein Onn. Keahlian Umno bertambah, begitu juga keahlian Barisan Nasional. Kemudian datang orang yang bernama Dr. Mahathir yang dilantik oleh Tun Hussein Onn untuk menggantikannya. Tidak ada perubahan diperingkat awal. Tetapi tidak lama selepas berkuasa, dengan perlahan dia mengubah perlembagaan negara dan undang-undang untuk memperkuatkan kuasanya. Ini telah menimbulkan rasa kekecewaan dikalangan ahli dan menyebabkan mereka marah.

Dalam Perhimpunan Agung Umno 1987, Dr. Mahathir hampir-hampir tewas dalam jawatan Presiden. Oleh kerana terdapat beberapa cawangan yang tidak berdaftar turut menghantar perwakilan ke Perhimpunan, keputusan pemilihan diisytiharkan tidak sah. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh Dr. Mahathir ialah mengadakan pemilihan semula dan membetulkan keadaan. Tetapi dia enggan melakukanya kerana takut kalah dalam pemilihan sekiranya diadakan pemilihan baru. dia lari dan menubuhkan satu parti baru yang didaftarkan sebagai "Umno Baru". Dia mlelantik dirinya sebagai Presiden. Dia mempunyai hak untuk melantik Ahli Majlis Tertinggi, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda Umno. Dan dia juga mempunyai kuasa untuk melantik Ketua Bahagian. Sekarang, bagaimana seseorang itu boleh membandingkan diantara Umno Asal dengan Umno Baru? 

Mereka yang menentang tindakan Mahahtir ini disingkir dan tidak dibenarkan menyertai Umno Baru. Pemimpin pembangkang ditangkap dibawah ISA. Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas disingkir. Apabila lima Hakim Mahkamah Persekutuan tidak bersetuju dengan tindakanya, mereka digantung. Tiga diambil semula tetapi dua disingkir. Tindakan terhadap Ketua Hakim Negara dan Hakim Mahkamah Persekutuan ini merupakan tindakan yang paling biadap yang pernah dilakukan dalam sejarah negara. 

Dato Abdullah Badawi, Naib Presiden Umno Baru, dalam ucapanya di Taman Maju, Parit Raja, yang disiarkan dalam The Star bertarikh 12 Oktober 1988, memberitahu bahawa perubahan ini memberikankuasa penuh kepada orang Melayu untuk memerintah Malaysia. Hakikatnya, kita sudahpun mempunyai kuasa penuh untuk mentadbir kesemuanya termasuk pertahanan dan keselamatan negara, kecuali ekonomi dimana ianya didalam genggaman orang lain. Sekiranya kita menggunakan kekerasan dan penguasaan terhadap perniagaan, ekonomi kita akan terjejas. Kita perlu berkongsi dan bekerjasama dengan rakan niaga dari seluruh kaum dan peringkat untuk kepentingan ekonomi dan kesejahteraan negara. 

Kuasa yang diperolehi oleh Umno Baru adalah untuk kepentingansebilangan pemimpin Melayu, manakala selebihnya terpinggir. apabila orang-orang Bukan Melayu tidak dibenarkan melakukan aktiviti perniagaan disini, negara kita akan menjadi mundur. Akhirnya, kita tidak mempunyai wang untuk membangunkan negara untuk kepentingan rakyat. Malah, sekarang ini, Kerajaan Malaysia menghadapi hutang luar yang tinggi. Golongan berpendapatan rendah mengalami kesukaran, tiada kenaikan gaji tetapi harga barangan kian meningkat. 

Saya masih ingat cerita anjing dengan bayang-bayang. Ketika melintas titi, anjing tersebut melihat kedalam air dan melihat seekor anjing yang lain sedang menggonggong tulang – yang sebenarnya hanyalah bayang-bayang. Tetapi oleh kerana tamak, dia membuka mulut untuk merampas "tulang" didalam mulut anjing yang didalam air dan akhirnya kehilangan tulang yang digonggongnya. Pengajaran yang diperolehi dari cerita ini ialah, sikap tamak itu akan merugikan kita semua. Kita harus berwaspada dengan seseorang yang tamak yang mahu merampas semua yanga da dinegara ini untuk memuaskan hawa nafsunya. 

Dia mengatakan ini semua adalah untuk orang Melayu tetapi hakikatnya adalah untuk dirinya. Apabila negara ini mencapai kemerdekaan, kita berkuasa dengan kerjasama kaum-kaum yang lain. Kita mampu mengurus negara kita sendiri. Kita tidak perlu tamak dan merampas seluruh kekayaan negara. Seperti kata pepatah Melayu, "Perutnya amsih penuh, tetapi masih mahu merampas hak orang lain." Kita perlu bersikap adil terhadap orang lain dan hidup dalam persefahaman diantara semua kaum dinegara ini kerana hanya itu caranya kita boleh menjamin keamanan dan kesejahteraan. 

Oleh itu, kita perlu megambil alih pemerintahan negara ini, menghidupkan kembali Umno Asal dan kembali ke sistem Demokrasi Berparlimen. Semua kuasa ditangan rakyat, sekiranya rakyat menggunakan kuasa itu dengan waras. Kesepaduan ini hanya boleh dicapai melalui Umno, Umno yang Asal, Bukan Umno baru–atau pun Umno Dr. Mahathir. 



Tandatangan
(Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj)

Monday, September 5, 2011

Hukum Tinggal solat dan azabnya

Solat 5 waktu amat penting dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang muslim. Ada kalanya kita melambat-lambatkan dan sengaja malas untuk menunaikan solat. Ketahuilah wahai rakan-rakan sekalian Barangsiapa yang (sengaja) meninggalkan solat fardhu lima waktu :-

Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (*nota - 1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)

Zuhur - Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.

Asar - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah

Maghrib - Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.

Isyak - Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."


Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:

Dunia
  1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya. 
  2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya. 
  3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman. 
Sakaratul Maut

  1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus. 
  2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar. (su'ul khatimah) 
  3. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya. 
Alam Barzakh

  1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan. 
  2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap. 
  3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari) (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)
Hari Qiamat
  1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat 
  2. Allah SWT tersangat murka kepadanya. 
  3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

Saturday, September 3, 2011

Hukum Hudud perlu dilaksanakan di Negara kita...


1.      Pengertian Hudud;
 (a) Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.
 (b) Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah. 

Maksudnya;
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”

 2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya: 

 (a) Zina;
 Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.

 (b) Qazaf (menuduh zina);
        Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali

 (c)  Minum arak;
       Meminum minuman yang memabukkan  dan  boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali

 (d)  Mencuri;
       Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
       Hukuman : potong tangan

 (e) Merompak;

      Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
      Hukuman :
      sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong  tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

(f) Riddah (murtad);
     Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )

# Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @  wang.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More