Wednesday, September 7, 2011

Debat : KJ tidak perlu meraih populariti dengan cara berdebat

Berdasarkan dari Keratan Akhbar Utusan Malaysia menyatakan Kerajaan Pas Kelantan mengesahkan telah menghantar jemputan rasmi kepada Khairy (gambar) dan Mohamad untuk berdebat berhubung isu tragedi serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Mereka menyifatkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sebagai orang yang lari daripada tanggungjawab apabila beliau enggan berdebat dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berhubung isu tragedi serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Manakala jawapan mengenai jemputan rasmi dari Kerajaan Pas Kelantan telah dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohmed Fadli Hassan berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi menjemput mana-mana pihak untuk berdebat.

“Kita (kerajaan negeri) tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi jemputan kepada mana-mana pihak untuk menganjurkan debat,” ujarnya.

Beliau berkata, apa yang berlaku ialah, satu email telah dihantar oleh Ustaz Baihaqi Atiqullah, yang menanyakan pendapat kepada Khairy Jamaluddin, sekiranya diadakan satu perdebatan antara ketua pemuda Umno berkenaan bersama Timbalan Presiden PAS.

“Ust Baihaqi adalah timbalan saya. Beliau hanya menanyakan pendapat pada Khairy melalui email, bukannya jemputan rasmi.

“Ust Baihaqi dan Khairy telah pun mempunyai hubungan pribadi sebelum dari ini dan pertanyaan itu adalah bersifat peribadi,” ujarnya lagi.

Dari mana KJ menyatakan bahawa email yang diberikan kepadanya adalah jemputan rasmi. Adakah ini satu pembohongan dari KJ untuk meraih populariti dari masyarakat sedangkan KJ sudah tidak diterima oleh UMNO dan kerajaan. Mat Sabu sebenarnya ingin berdebat dengan Tan Sri Muhyiddin, Timbalan Perdana Menteri yang selama ini sentiasa mengutuk beliau dalam beberapa temubual dengan media. Kenapa Tan Sri Muhyiddin tidak berani tampil untuk berdebat.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More