Apa semua ini. Adakah negara Malaysia ini adalah sama seperti negara-negara barat? "FULL MOON BEACH PARTY" nama yang diberi oleh penganjur. Ia akan berlangsung di Pangkor Island Beach Resort. Ini adalah kawasan Negeri Perak yang ditadbir oleh kerajaan BN. Diketuai oleh MB Perak, Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir. Adakah kerajaan negeri tahu akan berlangsungnya parti ini.? Atau kerajaan negeri membenarkan berlangsungnya parti ini. Adakah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah mengeluarkan lesen untuk penganjuran parti ini di Pulau Pangkor?
Bukan setakat itu, di dalam program tersebut difahamkan salah satunya program yang berlangsung adalah Pertandingan MISS BIKINI MALAYSIA. Kemungkinan besar ramai peserta yang turut memeriahkan program tersebut adalah sebahagiannya di kalangan orang melayu Islam.
Penganjur program ini telah mengiklankan program ini di dalam akhbar berbahasa Inggeris dan laman sosial Facebook. Saya meminta pihak berkenaan dapat memberi penjelasan berikutan sudah tersebarnya hebahan pertandingan tersebut yang boleh memalukan negara. Biarlah pelancong datang melawati negara kita dengan dapat mengenali budaya, agama dan bangsa kita. Janganlah pelancong datang melawati negara kita dengan mengenali budaya yang dibawa oleh mereka sendiri ke dalam negara kita. Ini bermaksud walau seribu tahun kita merdeka tetapi minda dan budaya kita masih belum dapat dimerdekakan.
Walaupun event ini dihadiri oleh orang yang bukan Islam, tapi sebagai sesebuah Negara Islam, pihak penganjur perlu menghormati orang Islam dan budaya orang Islam di dalam negara kita.
Tolong pikir-pikirkan dan tindakan segera perlu diambil oleh pihak-pihak berkenaan bagi membatalkan program tersebut.
"Runtuh sesebuah negara Islam adalah berpunca dari runtuhnya iman dan taqwa kepada Allah. Maka Allah tidak akan melindungi mereka."
Marilah kita bersama-sama menjauhkan diri kita dengan maksiat. Sesungguhnya maksiat itu, boleh mengundangkan runtuhnya akhlak muda mudi kita di zaman ini.




0 comments:
Post a Comment