Kenapa dibakarnya gambar Mat Sabu? sampai beginikah pemikiran mereka sampai membakar gambar Mat Sabu. Adakah ini salah satu provokasi yang sentiasa dilakukan oleh kerajaan UMNO. Bila mereka tidak suka akan seseorang, mereka membuat provokasi sebgini. Mana pergi rasionalnya pemikiran mereka tanpa menyedari ke atas tindakan mereka. Adakah Mat Sabu tue orang komunis? Sudah diperiksa ke latar belakang beliau.
Kalo kita selami balik cerita pasal artis yang telah mengutuk Nabi Muahammad s.a.w dengan isterinya Siti Khadijah. Apakah tindakan kerajaan menangani isu tersebut? Setakat gam selama beberapa bulan, kemudian beliau mula berlakon kembali. Kalo nak dipertikaikan , dengan isu ini, aku rase ia lebih sensitif dari isu Mat Sabu? Mat Sabu cuma menaikkan nama Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan namun setengah-setengah pihak memikirkan sebaliknya.
Jika kita lihat perkara yang sama berlaku kepada penentang kerajaan british ketika dahulu seperti Tok Janggut, Dato' Bahaman, Mat Kilau dan lain-lain lagi. Kenapa kisah mereka dikeluarkan dalam sejarah Malaysia. Walhal mereka semua penentang kerajaan British. Di dalam kes Bukit Kepong , persamaan dari segi perjuangan mereka adalah sama. Mereka inginkan kebebasan dan kemerdekaan dari dijajah oleh Penjajah. Kenapa mereka dipanggil pejuang tanahair. Sedangkan mereka juga membunuh mereka yang bersekongkol dengan Pnjajah.
Di sini kita dapat lihat segala arkib sejarah yang telah dipaparkan sebahagian darinya telah dilupus dan diputarbelitkan oleh British supaya sesiapa pon tidak akan tahu akan sejarah sebenar mereka. Bagi penjajah, mereka yang telah menentang British adalah terrorist atau komunis. Adakah benar Mat Indera itu komunis?
Di sini kita dapat lihat bahawa MB Johor hanya sekadar membaca sebahagian buku tersebut kerana beliau tidak menyedari bahawa terdapat cerita mengenai Mat Indera dalam buku tersebut. Janganlah anggap kami sebagai rakyat tidak cerdik dengan isu sebegini, malah kita lebih matang dari mereka-mereka yang cuba nak perbodohkan kami dengan isu ini. Pihak kerajaan sebenarnya memliki sikap ingin membunuh terus karier politik Individu jika didapati mereka telah diancam dengan tuduhan yang telah dilemparkan oleh Individu.
Sepatutnya segala teguran perlu diambil dengan terbuka, bukan dengan cara memprovokasi sebegini. Jika anak tidak boleh ditegur oleh ibubapanya, apa akan jadi pada anak tersebut? kemungkinan anak tersbut akan derhaka kepada ibubapanya. Dan anak itu akan melakukan segala kejahatan dengan lebih berleluasa dan agresif. Dalam konsep ini, samalah juga dengan kerajaan. Jika kerajaan tidak boleh ditegur oleh rakyat, kerajaan akan menderhaka kepada rakyat. Apa jua kejahatan yang dilakukan dalam kerajaan akan semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Perkara ini akan menjadi kebiasaan kepada kerajaan jika berlaku sesuatu kejahatan.
Kita fikirkan eleok-elok sama ada kita ini dibawah tampok yang benar atau salah.?




0 comments:
Post a Comment