Sunday, September 11, 2011

Dr M: Secara teknikal, negeri Melayu tak dijajah.

Hakikat kehadiran British di Malaya adalah kerana mereka bertindak seperti penjajah, kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

Justeru, Mahathir bersetuju kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British, tetapi menegaskan hakikatnya, sultan-sultan akhirnya bertindak mengikut arahan British.

"Kita secara teknikal tidak pernah terjajah. Apa yang kita lakukan adalah sultan-sultan memutuskan untuk menjemput British datang ke mari dan menasihatkan mereka mengenai cara mentadbir negeri. Dalam kata itu, kita tidak dijajah.

"Seperti di Pulau Pinang, kita dibayar supaya memberikan mereka stesen untuk berdagang... Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka beroperasi seolah-olah kita dijajah. 
"Dalam kata lain, British tidak memberi nasihat, tetapi memberi arahan,” katanya lagi.



Komen Dari Proven


Jika benarlah British tidak menjajah Malaya kenapa slogan kemerdekaan di laungkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tarikh 31 Ogos 1957.? Jadi buat apa kita sambut kemerdekaan sedangkan kita tidak pernah dijajah. Di sini kita dapat lihat bahawa sekarang ni kita tidak perlulah mengagungkan para pejuang Tanah Malaya kerana mereka bukan berjuang untuk mendapat kemerdekaan tetapi mereka berjuang untuk mendapat hak-hak kepentingan diri mereka.

Kerajaan sudah memeperlekehkan usaha para pejuang Tanah Melayu yang dahulunya berjuang untuk menuntut kemerdekaan tetapi pada teori yang dilabelkan oleh kerajaan, mereka bukanlah berjuang atas dasar perjuangan untuk memerdekakan tanah malaya malah sebaliknya. Sambutan Kemerdekaan yang berlangsung di serata Negeri adalah bertujuan apa sebenarnya? Untuk menghabiskan duit rakyat atau pon untuk meraih undi dari rakyat.

Kita sebagai rakyat telah ditipu sekali oleh kerajaan Barisan Nasional yang selama ini menganggap bahawa mereka lah yang memperjuangkan kemerdekaan sedangkan mereka menyatakan negara kita tidak pernah dijajah. Kenapa isu ini dikeluarkan setelah 54 tahun kita menyambut kemerdekaan. Adakah sejarah yang kita belajar di zaman bangku persekolahan adalah rekaan semata-mata oleh kerajaan Barisan Nasional.

Saya harap para ahli sejarahwan yang mengeluarkan kenyataan berkenaan, sila lah tarik balik kenyataan tersebut. Ini kerana fakta sejarah yang telah dikeluarkan oleh ahli sejarahwan negara tidak sama dengan fakta yang terdapat dalam buku-buku sejarah sekolah. Jadi kemungkinan besar  pelajar-pelajar sekolah yang mempelajari subjek Sejarah akan keliru tentang sejarah negara. Pihak Pendidikan perlu mengolah balik sejarah sebenar tanahair kita.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More