[London Olimpik 2012]Chong Wei Tumpas Lagi

Penantian untuk Lee Choong Wei mendapat emas pada Olimpik yang terakhir untuk dirinya masih tidak kesampaian

Apalah nasib Rohingya

Apakah kerajaan Malaysia akan lakukan terhadap isu Rohingya di Myanmar.? Adakah kerajaan hanya berdiam membisu..

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Top PC Games - Orc Must Die 2

Orcs Must Die! 2 thrusts players and their friends back into battle against a terrifying mob of orcs and other monsters.

Monday, December 26, 2011

Pertikaian Isu Hukum Hudud

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca,

Apa khabar semua? semoga anda semua sehat walafiat. Pada kali ini saya ingin kemukakan sedikit komen yang telah dibentangkan oleh Zulkifi Nordin mengenai isu hukum hudud. Kenyataan beliau yang dipaparkan dalam PemudaUMNO site telah menarik minat saya untuk memberi sedikit komen. Untuk paparan artikel tersebut anda boleh klik link di sebelah pemuda Umno

Komen dari Proven

Perkataan jenayah dalam Islam mengandungi pengertian yang am dan khusus. Secara amnya ia bererti sesuatu yang tidak baik dilakukan dan ia merangkumi dosa. Dari segi perundangan apa sahaja yang dilarang dalam Islam, jika dilakukan ia adalah satu dosa dan dengan itu boleh ditakrifkan sebagai jenayah dan mempunyai implikasi-implikasi tertentu dari segi hukuman.

Jenayah hudud adalah pelanggaran hak Allah yang dikenali juga sebagai hak awam atau masyarakat dan dalam masa yang sama merupakan satu dosa besar pada pandangan Islam. Hukuman hudud tidak boleh digugurkan jika telah sabit dengan bukti di hadapan mahkamah. Begitupun ia boleh digugurkan jika pengakuan itu ditarik balik oleh tertuduh walaupun pada saat-saat akhir sebelum hukuman.

Jenis-jenis kesalahan hudud dan kukumannya adalah tetap tidak boleh dipinda kerana ia bersifat mandatori. Pendakwaan kes-kes hudud dibuat oleh pihak pendakwa awam yang mewakili pihak berkuasa dan juga masyarakat keseluruhannya. Oleh sebab yang demikian ia menepati konsep jenayah sebagaimana yang difahami dalam konteks perundangan konvensional kerana ia adalah pelanggaran terhadap sesuatu hak awam atau masyarakat. Fungsi hukuman hudud adalah bersifat menghukum dan juga bagi tujuan pencegahan dan kerana itu salah satu rukun yang perlu ada ialah kesalahan itu hendaklah telah dilakukan dengan niat dan dengan cara sengaja.

Takzir ialah satu bentuk pelanggaran hak Allah yakni hak awam dan dalam masa yang sama juga merupakan satu dosa. Jenis kesalahan takzir disebut dalam syariah, tetapi hukumannya terserah kepada budi bicara pemerintah atau hakim yang mendengar sesuatu kes itu. Hukuman yang dikenakan tidak bersifat mandatori kerana ada banyak pilihan yang boleh dibuat oleh hakim berkenaan dengan mengambil kira keadaan atau status pesalah, melainkan pihak pemerintah telah menetapkan hukuman tertentu bagi kesalahan tersebut.

Pendakwaan bagi kes-kes takzir dilakukan oleh pihak pendakwa awam dan kerana itu takzir juga mempunyai ciri-ciri jenayah dalam konteks konvensional. Ia juga bertujuan menghukum pesalah dan juga untuk pencegahan. Yang membezakan takzir dengan hudud ialah hukuman hudud sudah ditentukan bagi kesalahan berkenaan dan tidak boleh dipinda atau diubah kepada hukuman lain.

Qisas pula ialah kesalahan yang merangkumi sebarang tindakan salah dengan sengaja dan niat bagi membunuh atau mencederakan seseorang. Ia adalah hukum bunuh balas bunuh dan cedera balas cedera. Dari segi konsepnya, pelanggaran hak yang berlaku dalam kes qisas adalah terhadap hak Allah/awam dan juga hak individu tetapi Islam menganggap hak individu adalah lebih besar dalam hal ini.

Oleh itu Islam memberikan hak kepada individu berkenaan ataupun warisnya untuk mengambil tindakan ke atas tertuduh. Lantaran itu ia terserah kepada mereka sama ada hendak mengambil tindakan atau tidak. Kerana itu kesalahan qisas dari segi teknikalnya tidak boleh dikategorikan sebagai jenayah mengikut kaca mata konvensional kerana hak mendakwa bukan terletak kepada pendakwa awam atau masyarakat.

Manakala bagi kes-kes yang tidak terjadi akibat adanya niat dan perlakuan sengaja oleh tertuduh, maka hak mangsa atau keluarganya adalah terhadap pampasan atau ganti rugi yang dikenali dalam Islam sebagai diyat dan daman. Hukuman qisas juga boleh ditukar dengan tuntutan diyat atau pampasan jika diinginkan oleh mangsa atau warisnya dan mereka juga boleh memberikan kemaafan secara percuma kepada pesalah yang telah disabitkan. Jika kerana sesuatu sebab khusus qisas tidak dapat dikenakan ke atas pesalah, maka hukuman qisas itu dengan sendiri digugurkan dan diganti dengan diyat atau pampasan.

Kesalahan qisas dan diyat sebenarnya merupakan satu bentuk hukuman yang merangkumi tujuan menghukum pesalah sengaja dan juga memberi pampasan kepada mangsa bagi kesalahan tanpa niat. Kerana itu ia lebih sesuai dikaitkan dengan undang-undang tort dalam konteks konvensional melainkan ia melibatkan pihak mangsa atau waris menuntut qisas dilaksanakan kepada pesalah di mana elemen pampasan tidak timbul.

Pelaksanaan undang-undang jenayah Islam pada asasnya merupakan sebahagian daripada ketaatan umat Islam kepada perintah Allah s.w.t. dan kerana itu mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan soal akidah dan keimanan mereka kepada Tuhan Yang Maha Pencipta dan Maha Adil. Ini kerana peraturan jenayah seperti mana yang ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran dan juga sunah Nabi adalah sebahagian daripada agama Islam itu sendiri.

Dari segi yang lain pula, hukuman yang dikenakan ke atas penjenayah yang terbukti bersalah, sebenarnya satu proses penyuciannya daripada dosa yang dilakukan. Ini membezakan kedudukan hukuman Islam dengan hukuman biasa atau sivil di mana tidak seperti pesalah yang menerima hukuman di bawah undang-undang syariah yang akan dikira bersih dari dosa, pesalah di bawah undang-undang biasa tidak akan menikmati kedudukan yang sama.

Ini kerana di bawah perundangan biasa, undang-undang dan hukuman tiada kaitan dengan konsep dosa dan pahala serta perhitungan hisab di hari akhirat. Lantaran menyedari hakikat inilah kita dapati pada zaman Nabi ada orang yang telah melakukan dosa dan jenayah dengan rela hati datang menemui Nabi meminta dibersihkan daripada dosa dan memohon dijatuhkan hukuman seperti mana yang telah diperuntukkan oleh Allah.

Keadaan ini tidak mungkin berlaku dalam sistem perundangan biasa, bahkan pelaku jenayah akan sentiasa berusaha untuk melepaskan dirinya daripada tuduhan walaupun memang sebenarnya dia telah melakukan jenayah berkenaan.

Sistem perundangan jenayah Islam juga mengambil kira nilai kemanusiaan sejagat. Ini jelas dapat dilihat dalam peruntukan qisas bagi kes bunuh dengan niat serta disengajakan di mana kedudukan dan rasa hati waris mangsa diambil kira dalam menentukan jenis hukuman yang bakal dihadapi oleh pembunuh. Bagi yang berasa puas hati jika hukuman balas bunuh dapat dikenakan ke atas pembunuh, mereka berhak untuk menuntut agar hukuman demikian dilaksanakan. Ini sudah tentulah akan dapat menghapuskan rasa marah dan keinginan hendak membalas dendam yang lumrahnya ada pada ahli keluarga mangsa yang mati dibunuh.

Manakala bagi yang ingin memaafkan pembunuh boleh berbuat demikian sama ada dengan menuntut pampasan/diyah sebagai balasan ataupun membebaskannya secara percuma. Elemen pampasan ini sudah tentulah akan lebih bermakna lagi bagi ahli keluarga mangsa yang berada dalam keadaan yang serba kekurangan dari segi kewangan, maka sudah tentulah bayaran yang diterima dapat sedikit sebanyak meringankan bebanan mereka akibat kematian yang disebabkan jenayah berkenaan. Namun begitu bagi yang inginkan ganjaran pahala dan tidak perlukan wang pampasan mereka boleh memberikan kemaafan secara percuma, bahkan pilihan inilah yang sangat digalakkan oleh Islam.

Undang-undang hudud diperuntukan bagi menggerunkan masyarakat yang ada cadangan untuk melakukan jenayah berat. Undang-undang ini mempunyai syarat-syarat yang amat banyak sebelum ia boleh dikenakan ke atas seseorang tertuduh. Kadangkala kelihatan mungkin agak mustahil untuk mensabitkan seseorang tertuduh melainkan dengan pengakuan bersalah yang dibuatnya. Ini jelas bagi sesetengah kes seperti zina yang memerlukan empat orang saksi yang jelas melihat perbuatan itu dilakukan. Manakala bagi kes-kes yang lain pula sebarang keraguan yang wujud atau berjaya ditimbulkan akan dengan mudah dapat menyebabkan hukuman hudud itu tidak kenakan. Bahkan seseorang hakim yang membicarakan kes-kes sedemikian dinasihatkan agar sentiasa bersikap terbuka dalam menerima keraguan yang ditimbulkan. Ini adalah kerana secara prinsipnya Islam melihat adalah lebih baik tersilap tidak menghukum daripada tersilap menghukum seseorang di dalam kes-kes hudud.

Wajah TGNA diimpose oleh blogger UMNO!!

Inilah mentality ahli UMNO yang suka hidup dalam kemungkaran. Fitnah orang hukumnya adalah memakan daging sedara kamu sendiri. Tapi bagi UMNO itu tak perlu difikirkan kerana ia merupakan makanan rutin ahli UMNO. Tanpa fitnah hidup mereka akan terasa panas dan tidak selesa! Wahai orang UMNO, berhenti-hentilah dari memfitnah orang sesungguhnya tiada keberkatan dari Allah selagi kita hidup dalam "kefitnahan".








Gambar ini telah diambil dari Kedah Times blog.
Apa sebenarnya blogger ini ingin tunjukkan. Kenapa pihak UMNO suka mengimpose gambar yang menenunjukkan bahawa mereka sudah tidak ada idea untuk menghentam TGNA. Sampai wajah TGNA di impose sedemikian rupa. Blogger ini tak tahu ke dosa ker sehingga sanggup menggunakan kepakaran beliau dengan benda-benda sebegini. Tuhan telah bagi nikmat kepada kita untuk digunakan dengan sebaik mungkin. Tapi beliau menggunakan kepakarannya untuk memburukkan orang lain. Semoga Allah mengampuni dosa beliau. Amin!

Tuesday, December 20, 2011

Tun Mahathir sudah tidak mampu melindungi fakta

Berdasarkan respon yang diberi oleh Tun Mahathir mengenai isu pinjaman kewangan dari IMF melalui UTUSAN MELAYU, beliau menerangkan bahawa beliau bukanlah orang yang membuat pinjaman dari IMF tapi pinjaman tersebut dilakukan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1997. Permohonan pinjaman tersebut dilaksanakan pada tahun 1997 dan ketika itu Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. Kelulusan mengenai pinjaman dari IMF telah diluluskan pada tahun 1999. Namun Tun Mahathir tetap menegakkan benang yang dah basah. 

Kalau kita fikir secara logik, permohonan pinjaman disahkan oleh SIAPA? Adakah Dato' Seri Anwar Ibrahim yang memandai-mandai membuat permohonan pinjaman tersebut? Adakah perkara ini didalangi oleh Tun Mahathir sendiri.? Banyak konklusi yang boleh kita ramalkan dan fikirkan. Jumlah pinjaman yang banyak perlu mendapatkan kelulusan dari SIAPA? minta tolong perjelaskan perkara sebegini. RAKYAT MAHU TAHU PERKARA SEBENAR. USAHLAH MEMPERBODOHKAN RAKYAT DENGAN SENTIASA MENUDING JARI KEPADA ORANG LAIN.

Sebelum Dato' Seri Anwar ditangkap pada tahun 1998, beliau telah menceritakan hal isu pinjaman daripada IMF tapi Tun Mahathir telah mengambil langkah dengan segera untuk menjatuhkan dan meringkukkan Dato' Seri Anwar ke dalam ISA kerana perkara ini dikhuatiri akan dibongkarkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahaim. Ini telah menjadi tanda tanya kerana tiba-tiba Dato' Seri Anwar Ibrahim telah difitnah dengan kes liwat beliau. Tun Mahathir la orang yang menjadi dalang dalam kes ini. Tun Mahathir merasakan bahawa kedudukannya akan tergugat dan segala projek dan pelan beliau pada ketika itu akan terungkai satu demi satu. Jadi sebelum ia terungkai satu demi satu, beliau menjatuhkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan secepat mungkin. Sama ada " By Hook or By Crook".

Dahulu isu ini pernah digembar-gemburkan, namun Tun Mahathir menolak kenyataan bahawa kerajaan tidak pernah membuat pinjaman dengan IMF. Kini, bila rakyat sudah cerdik dan intelektual dengan menggunakan IT sahaja, ia mampu merungkai segala fakta yang sebelum ini dapat dilindungi. Allah itu Maha Adil dan Saksama. "What you give you will get back". Sekarang terimalah padahnya kepada Tun Mahathir kerana sudah pencen pon masih terpaksa berdepan dengan masalah-masalah sebegini. Kenapa Tun Mahathir tidak mahu mengaku ke atas kenyataan tersebut. Jika benar lah Dato' Seri Anwar Ibrahim yang membuat pinjaman pada ketika itu, namun Tun Mahathir berkata bahawa beliau tidak setuju dengan permohonan tersebut. Kenapa Tun Mahathir tidak membatalkan sahaja permohonan tersebut.? Adakah ia agak sukar proses untuk membatalkan permohonan tersebut.? Sila beri penjelasan yang sebenarnya. Rakyat mahu tahu.

Yang kedua, Kemanakah duit tersebut disalurkan? Adakah duit tersebut disalurkan kepada pentadbiran Kerajaan atau pon sebaliknya.? Kan lebih elok jika dana tersebut disalurkan untuk kebajikan rakyat. Rakyat hidup merana tapi mereka hidup dengan kemewahan.


Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tunggu dan lihat pada setiap pembongkaran rahsia yang telah dilakukan oleh Tun Mahatir akan terungkai satu persatu.


Rumah Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya ketika zaman pemerintahan Tun Mahathir sehingga Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak



Tunku Abdul Rahman 1988 - "Biarlah Saya Mati Dalam Perjuangan"


Temuramah dengan YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
- Lampu Ajaib di Tangan Rakyat
- Harapan dan Doa YTM Tunku untuk Rakyat

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah lihat bahawa UMNO sekarang sudah lari dari prinsip dan landasan sebenar. Beliau meminta supaya rakyat jelata gunakan akal fikiran yang diberikan oleh Allah dengan sebaik mungkin. Pilihlah pemimpin yang memperjuangkan agama dan bangsa dan bukan pada hartanya.

Monday, December 12, 2011

KL GANGSTER 2 : Adakah filem ini wajar ditonton para remaja.?

Salam kepada pembaca,

Di sini saya nak memberi sedikit teguran dan renungan kepada pengarah atau penerbit perfileman yang telah menerbitkan atau bakal menerbitkan filem yang berunsurkan trend remaja zaman sekarang dan filem yang berunsurkan ganas. Mintalah mereka mengurangkan filem yang berunsur tersebut kerana ini mungkin boleh meningkatkan masalah sosial para remaja dan masyarakat zaman sekarang.

Kalo kita dapat perhatikan, mungkin tujuan mereka menerbitkan filem berunsur tersebut adalah baik. Tapi jalan ceritanya lebih banyak jalan negatif dari jalan positif. Kalau boleh jalan cerita yang negatif perlu dikurangkan dan jalan cerita yang positif perlu dilebihkan. Ini kerana remaja zaman sekarang lebih gemar meniru cara negatif lebih daripada positif. Mereka mungkin lebih ekstrem dengan unsur tersebut. Mereka mudah terpengaruh dengan budaya tersebut. Ini menyebabkan masalah sosial semakin meningkat.

Janganlah kita terikut-ikut dengan budaya luar negara yang boleh merosakkan akhlak para remaja kita pada masa sekarang. Minta FINAS menapis segala jenis perfileman yang berunsurkan perkara yang berkenaan. Harapan saya semoga dengan cara begini, masalah sosial mungkin dapat di atasi.



Adalah diharamkan jika filem yang kita terbitkan menjadi masalah sosial yang tidak dapat dibendung oleh kerajaan. Bagaimana jika pembangunan di negara kita semakin meningkat tapi masalah sosial juga meningkat.? Ini boleh merosakkan imej negara kita. Jangan kita abaikan masalah sosial anak remaja kita dengan lebih fokuskan kepada pembangunan negara. Sedangkan maju dan amannya sesebuah negara bersandarkan kepada pembangunan sahsiah di kalangan masyarakat sesebuah negara.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa yang mengajak kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengikutinya. Yang demikian itu tidak akan mengurangi pahala mereka sedikit pun." (Hadis riwayat Muslim) 

Jadi didiklah masyarakat dengan nilai-nilai terpuji supaya kita mendapat keredhaan dari Allah s.w.t

Friday, December 9, 2011

Pilihan Raya Mesir berlaku transformasi Parti Islam pilihan rakyat

Parti politik pergerakan Ikhwanul Muslimin semalam berkata, mereka menang majoriti kerusi dalam pilihan raya kedua Mesir yang memberikan parti itu sekurang-kurangnya 40 peratus kerusi di Parlimen.
Parti Kebebasan dan Keadilan, dalam satu kenyataan berkata, mereka menang 36 daripada 56 kerusi yang diberikan kepada calon individu dalam undian yang tamat kelmarin.

Pergerakan Islam itu sudah pun menang hampir 37 peratus undi dalam pilihan raya pusingan awal yang memberikan kerusi menurut senarai parti. Sayap politik Ikhwanul Muslimin itu dan blok Islam lain setakat ini menguasai pilihan raya pertama sejak kejatuhan Hosni Mubarak Februari lalu, dengan parti liberal ketinggalan.

Parti Al-Nour berada di tempat kedua selepas Ikhwanul Muslimin, menang hampir satu perempat daripada undian dalam pemilihan bagi senarai parti lewat November lalu.

Jurucakap parti itu, Yousseri Hamed, memberitahu The Associated Press semalam, kumpulannya menang sekurang-kurangnya lima kerusi tambahan dalam pilihan raya pusingan kedua itu. Undian masih dikira.
Bagaimanapun, sebahagian calon Islam lain berdepan saingan hebat di Kaherah. Calon Parti Keadilan yang lebih liberal, Mostafa al-Naggar, berkata dia mengatasi calon Ikhwanul Muslimin dalam undian pusingan kedua itu. Sementara itu, pergerakan Islam berkenaan berkata, salah seorang calon mereka mengalahkan calon kontroversi Al-Nour, Abdel-Monem el-Shahat, di Iskandariah.

El-Shahat mencetuskan kekecohan ketika kempen pengundian dengan berkata novel tulisan pemenang Hadiah Nobel Sastera Mesir, Naguib Mahfouz, yang dibaca secara meluas di sekolah di negara itu sebagai pelacuran.

Ikhwanul Muslimin dan kumpulan Islam lain sudah sekian lama menawarkan perkhidmatan sosial dan perubatan kepada berjuta-juta penduduk miskin Mesir, yang memberikan mereka sokongan politik.
Undian untuk 498 anggota Parlimen diadakan dalam tiga tahap, dengan dua pertiga daripada penduduk negara itu masih belum membuang undi. Sementara itu, kerajaan sementara yang diterajui Perdana Menteri dilantik tentera dijangka mengangkat sumpah semalam.

Mereka cuma mentadbir Mesir sehingga undian untuk kedua-dua dewan di Parlimen diputuskan Mac ini.
Kamal el-Ganzouri dinamakan sebagai Perdana Manteri bulan lalu selepas pentadbiran sementara terdahulu meletak jawatan berikutan pertempuran ganas antara penunjuk perasaan dan polis.
Pelantikan el-Ganzouri sepatutnya memenuhi tuntutan penduduk awam yang mahukan kerajaan lebih berkuasa dan mampu berdepan dengan ketidakstabilan, ketegangan sosial dan krisis ekonomi yang melanda negara itu.

Komen dari Proven

Rakyat Mesir telah memilih Parti Islam sebagai pentadbir baru kepada revolusi abad ini. Harap Malaysia juga akan mengikuti petunjuk darinya.

Tuesday, December 6, 2011

Ubah Persepsi pada PRU 13

Salam kepada pembaca. Terima kasih kerana sudi untuk menjenguk-jenguk blog ini. Bukan ada yang menarik dalam blog ini tapi isinya mungkin pembaca ingin tahu pandangan dari saya. Pilihanraya yang ke-13 akan menghampiri tiba dan kita sebagai pengundi perlu melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita dengan sebaik mungkin. Pemilihan perlu di terapkan dengan teliti dan tepat. Saya mengharapkan kepada pembaca semua, bahawa pada PRU 13 ini, kita perlu mengubah persepsi kita dan perubahan yang dilakukan adalah ianya akan menjamin masa depan kita dan anak cucu kita kelak.

Pemahaman kita terhadap UMNO yang dahulunya mampu berjuang dan memartabatkan kemerdekaan Tanah Melayu sudah tidak relevan lagi. Sekarang ini kita perlu beri peluang kepada pakatan rakyat untuk mentadbir negara Malaysia. "Belum cuba belum tahu. Bila dah cuba pasti mahu". UMNO kini berada di dalam keadaan terumbang-ambing dan Allah telah menyatakan kepada kita di dalam Al-Quran bahawa setiap kerajaan Islam tidak akan kekal selamanya jika mereka tidak mampu mengikuti suruhan Allah. Di sini kita dapat lihat bahawa kerajaan UMNO akan menjadi seperti kerajaan di Libya, Mesir, Syria, dan Lubnan. Setelah sekian lama mereka memerintah, rakyat sudah mula bosan dengan permainan yang dilakukan oleh kerajaan mereka sendiri. Di situ mereka bangkit dan menjatuhkan kerajaan mereka.

Di Malaysia, rakyat mula bangkit untuk menentang kezaliman dan ketamakkan para pemimpin kerajaan BN yang sanggup mempertahankan harta mereka walau dengan cara macam mana sekalipun. Mereka sudah tidak kenal erti halal dan haram, Janji harta mereka bertambah. Ini yang berlaku pada kerajaan BN sekarang. Tujuan perjuangan sebenar BN pada ketika kemerdekaan telah lama hilang dan kini penguasaan dan harta menjadi tujuan sebenar mereka. Walllahua'alam bissawab.

Fikirkan dan renung2kan.

Monday, December 5, 2011

Persepsi Proven mengenai Undang-Undang Islam (Hukum Hudud)

Agama Islam merupakan agama yang paling cantik dan sempurna. Tiada agama yang paling sempurna selain Islam. Dari zaman Kenabian dan Kerasulan lagi agama Islam bertapak dan diajar dan dididik kepada umat manusia, namun sebahagian dari mereka tetap mengingkarinya. Allah sudah didik Nabi dan Rasul untuk menjadi seorang yang mampu membimbing seluruh umat manusia menjadi seorang muslim yang akan taat kepada suruhan Allah. Ajaran yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul adalah ajaran yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi dan Rasul-Nya, maka setiap ucapan, tingkahlaku dan tatacaranya adalah benar dan tepat.

Islam merupakan agama yang mudah difahami dan diikuti. Tapi mengapa masih ada yang enggan turutinya. Mereka merasakan ajaran yang dibawa dalam agama Islam adalah sukar untuk diterima pakai pada zaman moden ini. Undang-undang Islam yang diciptakan oleh Allah tidak sesuai digunakan kepada kita. Mereka menanggap undang-undang Islam sudah dek lapuk. Kenyataan mereka berhubung dengan perkara tersebut adalah salah dan boleh merosakkan akidah kita. Mereka lebih mengutamakan Undang-undang dunia yang telah dicipta oleh manusia sendiri. Sedangkan undang-undang ini banyak kelemahan dan kesangsian. Tiada undang-undang di dunia yang sempurna melainkan undang-undang Islam.

Allah telah menciptakan Undang-undang Islam berdasarkan apa yang Allah tahu dan pengetahuan Allah melebihi penegtahuan manusia. Jadi jika dari zaman Nabi dan Rasul lagi Allah menyuruh manusia melaksanakan hukum hudud, so kenapa kita di zaman moden dan berteknologi canggih ini mengingkari suruhan-Nya. Kita sudah pon tahu bahawa setiap benda dan perkara yang diciptakan oleh Allah ada tujuannya dan kita tak perlu menyangkalnya.

Jika orang bukan Islam tidak suka dan tidak mahu akan undang-undang Islam (Hukum hudud) dilaksanakan kepada mereka, tidak mengapa kerana dalam Islam tiada paksaan yang dikenakan kepada orang bukan Islam. So undang-undang ini boleh dijalankan hanya kepada orang Islam. Sedikit sebanyak ia mampu memberi pengajaran dan tauladan kepada orang Islam mahupun bukan Islam

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More