Salam kepada pembaca,
Di sini saya nak memberi sedikit teguran dan renungan kepada pengarah atau penerbit perfileman yang telah menerbitkan atau bakal menerbitkan filem yang berunsurkan trend remaja zaman sekarang dan filem yang berunsurkan ganas. Mintalah mereka mengurangkan filem yang berunsur tersebut kerana ini mungkin boleh meningkatkan masalah sosial para remaja dan masyarakat zaman sekarang.
Kalo kita dapat perhatikan, mungkin tujuan mereka menerbitkan filem berunsur tersebut adalah baik. Tapi jalan ceritanya lebih banyak jalan negatif dari jalan positif. Kalau boleh jalan cerita yang negatif perlu dikurangkan dan jalan cerita yang positif perlu dilebihkan. Ini kerana remaja zaman sekarang lebih gemar meniru cara negatif lebih daripada positif. Mereka mungkin lebih ekstrem dengan unsur tersebut. Mereka mudah terpengaruh dengan budaya tersebut. Ini menyebabkan masalah sosial semakin meningkat.
Janganlah kita terikut-ikut dengan budaya luar negara yang boleh merosakkan akhlak para remaja kita pada masa sekarang. Minta FINAS menapis segala jenis perfileman yang berunsurkan perkara yang berkenaan. Harapan saya semoga dengan cara begini, masalah sosial mungkin dapat di atasi.
Adalah diharamkan jika filem yang kita terbitkan menjadi masalah sosial yang tidak dapat dibendung oleh kerajaan. Bagaimana jika pembangunan di negara kita semakin meningkat tapi masalah sosial juga meningkat.? Ini boleh merosakkan imej negara kita. Jangan kita abaikan masalah sosial anak remaja kita dengan lebih fokuskan kepada pembangunan negara. Sedangkan maju dan amannya sesebuah negara bersandarkan kepada pembangunan sahsiah di kalangan masyarakat sesebuah negara.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa yang mengajak kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengikutinya. Yang demikian itu tidak akan mengurangi pahala mereka sedikit pun." (Hadis riwayat Muslim)
Jadi didiklah masyarakat dengan nilai-nilai terpuji supaya kita mendapat keredhaan dari Allah s.w.t





0 comments:
Post a Comment