Saturday, August 27, 2011

Buletin Utama TV3 : Isu Murtad Di Pusat Tuisyen Klang

Buletin Utama TV3 : Isu Memurtadkan pelajar di Pusat Tuisyen adalah benar atau palsu.???

Mari kita saksikan kembali vit TV dari Buletin Utama TV3...mengenai isu tersebut.


Adakah ini sahih dan boleh diterima pakai oleh rakyat.?? Sila jawab TV3. Jangan la diada-adakan isu yang sebenarnya tiada tapi diadakan. Berdosa besar tau.!!!

Klip berita tersebut memaparkan sekumpulan kira-kira 50 orang dari Surau Qariah "Al-Musyrikin". yang diketuai oleh Mustapha Kamal Mohd Yusof berkumpul dihadapan pusat tuisyen tersebut bagi membantah tindakan mengkristiankan umat Islam.

Yang telah menjadi isu sebenarnya. Adakah benar Surau itu dinamakan "Al-MUSYRIKIN" dengan bermakna Orang bukan Islam serta menyekutukan Allah. Adakah ini satu kepalsuan atau hanya satu rekaan semata-mata bagi mengaburi rakyat.

Tidak pernah dikalangan surau di dalam Malaysia ingin letakkan nama tersebut.

Isu Kedua pula mengenai klip video ini. Salah seorang penduduk di sana telah ditemuramah mengenai isu tersebut, samada itu sahih atau tidak.?


Ini terbukti ketidaksahihan isu tersebut. Mari kita nilai dan renung-renungkan mengenai isu ini. Ini adalah satu fitnah yang telah dilakukan oleh Media perdana. Macam mana rakyat nak percayakan mereka, jika isu yang sepatutnya hangat dibualkan adalah rekaan semata-mata.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More