Keratan rencana yang diambil dari UTUSAN:
Barisan Nasional (BN) tidak mengamalkan sikap perkauman seperti yang didakwa pihak pembangkang walaupun perikatan itu terdiri daripada parti yang berasaskan kaum.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, walaupun dalam BN terdapat parti yang ditubuhkan berasaskan kaum, ia tidak bermakna parti itu mengamalkan sifat perkauman.
"Selama ini gambaran yang diberikan pembangkang kepada BN sebagai parti yang bersifat perkauman.
"Dalam konteks BN, amalan parti yang dilaksanakan ialah parti yang berasaskan kaum masing-masing tetapi parti yang ada bukan bersifat perkauman,” katanya kepada pemberita selepas forum yang bertajuk “Voices: Emerging Malaysian Leaders” di sini, malam tadi.
Zambry berkata, parti pembangkang seperti DAP yang sebenarnya mengamalkan sikap perkauman.
"Di sebalik hujahan pembangkang konon bahawa kita parti bersifat perkauman kita lihat sejarah DAP dari dulu hingga sekarang dia (DAP) bertanding di kerusi yang majoritinya orang Cina,” katanya.
Beliau berkata, jika benar DAP adalah parti untuk semua kaum, kenapa parti itu tidak meletakkan calon mereka untuk bertanding pada pilihan raya di kawasan yang majoritinya orang Melayu.
Terdahulu, Zambry mengadakan pertemuan dengan pelabur Singapura dan mereka telah menyatakan berminat untuk melabur di Perak terutama dalam bidang hartanah dan galian.
"Kita telah berbincang dengan mereka mengenai peluang-peluang pelaburan yang ada dan mereka (pelabur) telah menunjukkan minat untuk melabur di Perak,” katanya. — BERNAMA
KOMEN DARI PROVEN
Maksud yang hendak disampaikan oleh MB perak ini sebenarnya BN tidak pernah bersifat perkauman walaupun di dalam komponen BN terdapat parti yang memperjuangkan hak-hak bangsa masing-masing. Jawapan yang diberikan oleh MB Perak ini tidak masuk akal. Ini kerana kalau tidak bersifat perkauman, mengapakah tidak disatukan sahaja sebuah Parti Barisan Nasional dimana didalamnya terdapat 3 buah bangsa yang major antara Melayu, Cina dan India. jadi tidak perlulah UMNO, MCA dan MIC. 3 buah parti ini perlulah dibubarkan.
Yang keduanya, berhubung dengan isu DAP yang dikatakan oleh MB Perak, yang sebenarnya mengamalkan sikap perkauman. Mereka lebih utamakan majoritinya kaum cina. MB Perak ini sebenarnya cakap tidak pernah berfikir dahulu. DAP sendiri terdapat didalam ahlinya, orang berbangsa Melayu, Cina dan India. Lain kali kalau na k bercerita mengenai orang lain, kaji selidik dahulu latar belakang orang itu, Jangan duduk main hentam tak tentu pasal. Itulah kalau, jadi Menteri Besar Perak yang dipilih dengan cara yang tidak telus. AMT UMNO perlu kaji semula pelantikan Menteri Besar Perak. Orang macam ini sebenarnya tidak layak untuk menjadi Menteri Besar. Lantiklah orang lain. Pesanan dari seorang rakyat Malaysia yang berjuang untuk menuntut keadilan dan kebenaran




0 comments:
Post a Comment