Bila tiba PRU pelbagai isu dan fitnah dilemparkan kepada pembangkang. Adakah kerajaan BN hanya sekadar meraih undi dgn cara melemparkan tohmahan dan fitnah kepada pembangkang sedangkan banyak lagi cara untuk meraih undi bagi mendapat undian dari rakyat. Bukan dengan cara taktik kotor sebegini. BN perlu mematangkan pemikiran dan ideologi mereka supaya rakyat dpt menerima BN semula. Tapi berdasarkan dengan sejarah BN ia merupakan satu tradisi dan habit bg mereka. Tanpa fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada pembangkang akan menjadi pelik dan ianya akan menjadi sejarah tradisi BN.
Pahaman yang dibawa oleh kerajaan BN telah lama digunakan dan peratus reputasi BN kini semakin merosot. Insya Allah jika diteruskan sebegini, maka PRU akan datang akan berlaku transformasi yang boleh mengigaukan BN pada masa akan datang iaitu BN akan menjadi sebuah Parti pembangkang di dalam Malaysia dan ianya tidak akan menjadi mustahil baginya. Allah itu Maha Adil. Ini kerana perancangan dari Allah lebih baik dr peracangan kita. So, kerajaan BN janganlah rasa bongkak dan takabur dengan hasil dari pemerintahan mereka.
Kita sebagai rakyat perlu membantu PR sebagai egen dan jentera penggerak kepada Negara Malaysia yang kita cintai. Apalah nasib kita pada masa akan datang? Adakah anak-anak kita akan hidup selesa pada masa akan datang? jawapannya belum pasti tapi kesan impak yang diterima dan dilalui boleh merosakkan keturunan kita yang mendatang.




0 comments:
Post a Comment