Thursday, August 9, 2012

Royalti Minyak Hak Kelantan

Komen dari Proven
Apa lagi yang hendak kerajaan pusat lakukan untuk menarikbalik royalti minyak di Kelantan, sedangkan sudah sekian lama Perjanjian di antara kerajaan negeri dengan Petronas telah termeterai. Namun kerajaan Pusat cuba berdolak-dalik bahawa kerajaan Kelantan tidak layak untuk mendapatkan hak royalti minyak. Malah Kelantan hanya mampu mendapat wang ehsan dari kerajaan Pusat. Kenapa begitu kejam kerajaan Pusat ke atas rakyat Kelantan. Apakah konsep 1 Malaysia diterapkan dalam isu ini.? Ini membuktikan bahawa kerajaan Pusat tidak adil terhadap Royalti Minyak di Kelantan.

Kalau kita dapati bahawa setiap negeri yang memiliki hasil petrolium, negeri-negeri ni telah mendapat hak royalti mereka dari Petronas. Namun Kelantan tidak layak untuk dapatknya kerana Kelantan ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Adakah ia satu isu yang dipolitikkan oleh Kerajaan Pusat sendiri. Mana Janji yang perlu ditepati oleh mereka. Apabila isu ini dibangkitkan dalam Parlimen pada tahun 2009, DS Najib Tun Razak menyatakan bahwa Kelantan hanya layak menerima wang Ehsan dari kerajaan Pusat berhubung hasil petrolium. tapi apabila disangkalkan oleh YB Salahuddin mengenai perjanjian Petronas dengan kerajaan Kelantan. DS Najib menyatakan isu minyak ini, telah cuba dipolitikkan oleh PR. Siapakah yang memulakan permainan politik ini. BN atau PR?

Itulah orang tua pernah berperibahasa, "Nak seribu daya, taknak seribu dalih". Renung2kan dan janganlah kita memakan harta orang lain kerana balasannya di akhirat amat berat sekali.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More