BACHOK 5 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) tidak pernah menafikan hak rakyat Kelantan termasuk dalam soal pembayaran tunai daripada hasil petroleum.
Menurut Perdana Menteri, berpegang kepada prinsip adil untuk rakyat sebagaimana diperintahkan oleh Allah SWT, maka beliau telah mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas bagi menyelesaikan secara adil, telus dan saksama isu bayaran petroleum kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang.
- Kenyataan dari Utusan Online -
Komen dari Proven
Kenapa DS Najib baru sedar bahawa hasil petroleum adalah hak rakyat? Adakah selama ini beliau masih dibuai mimpi yang indah dalam pelukan DS Rosmah Mansor. Selama 20 tahun PAS memerintah kerajaan negeri Kelantan, selama 20 tahun juga PAS mengusulkun isu royalti minyak di Kelantan. Namun apa tindakan kerajaan Pusat terhadap isu ini. Bagaikan isu yang tidak penting bagi kerajaan pusat. Sanggup menyatakan rakyat Kelantan tak layak untuk mendapatkan royalti minyak tersebut. Ini seringkali dijadikan isu permainan politik yang kotor yang telah dimainkan oleh BN.
Malah hasil bumi tersebut diagih-agihkan keuntungannya kepada kroni-kroni yang menagihkan hasil petroleum di Kelantan. Seolah-olah mereka menyekat perkembangan ekonomi di Kelantan. Namun negeri Kelantan dibawah naungan Tok Guru Nik Abdul aziz bersama dengan rakyat di negeri Kelantan telah berusaha untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka melalui sektor pertanian dan hasil bumi yang lain. Kini Kelantan yang dikatakan oleh DS Najib merupakan negeri termiskin telah tingkat kepada satu tahap yang boleh dikatakan negeri yang terkaya dengan hasil bumi dan mampu untuk meningkatkan ekonomi yang amat memberangsangkan.
Ini lah kuasa Allah yang telah melimpahkan rezeki kepada hambanya yang sentiasa taat kepada-Nya dan melakukan ajaran yang disyariatkan oleh Islam.
Jadi kerajaan Pusat perlu memainkan peranan yang penting dalam mengembalikan royalti minyak di negeri Kelantan. Hak Royalti Minyak adalah hak rakyat. Pulangkan balik hak rakyat Kelantan




0 comments:
Post a Comment