Thursday, April 5, 2012

Bersih 3.0 kembali lagi!!


Bersih 2.0 telah kembali lagi dengan versi terbaru iaitu versi Bersih 3.0 pula. Ini merupakan perhimpunan kali ketiga bagi rakyat ingin menuntut hak keadilan dan bersih dalam menjalankan proses PRU yang akan datang. Dalam perhimpunan Bersih 3.0 kali ini diterapkan 8 elemen yang rakyat minta supaya kerajaan jalankan iaitu :

  1. Rakyat meminta bersihkan nama pengundi yang sudah tiada dan yang memang tidak wujud namanya.
  2. Reformasikan undi POS 
  3. Gunakan dakwat kekal
  4. Akses media bebas dan adil
  5. Masa kempen minima 21 hari
  6. Kukuhkan institusi awam
  7. Hentikan rasuah
  8. Hentikan Politik Kotor

8 elemen yang disenaraikan di atas merupakan tuntutan rakyat kepada kerajaan dalam mentadbir negara. Elemen-elemen ini telah lama diutarakan kepada kerajaan, namun tuntutan ini tidak diendahkan. Jadi sebagai respon rakyat terhadap tuntutan ini adalah hanya mampu berdemo dan berhimpun tanpa kekerasan. Jika suara rakyat, kerajaan tidak mahu dengar. Jadi buat apa rakyat memilih kerajaan yang tidak mengambil berat tentang rakyat. Dengan cara rakyat berdemolah, ia boleh membuka mata dunia, bahawa di Malaysia terdapat sebuah kerajaan yang sudah lama mentadbir namun pentadbiran kerajaan tersebut adalah secara zalim dan tidak adil. 

Jadi dengan adanya BERSIH 3.0 ini marilah kita beramai-ramai berhimpun di Dataran Merdeka bagi membantah proses PRU yang bakal mengotorkan PRU sebelum-sebelum ini. Kita tuntut PRU mendatang ini bersih dan adil.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More