Wednesday, April 11, 2012

Dr Sharibu pernah melihat gambar yang Altantuya bersama Najib dan Razak Baginda



Bapa Altantuya, Dr. Sharibu telah menyatakan kepada press bahawa, anaknya Altantuya seorang gadis mongolia yang telah dibunuh dengan kejam pernah menunjukkan kepada beliau gambar ketika anaknya bersama dengan Dato' Seri Najib dan Razak Baginda. Ketika itu Altantuya ada terlibat dengan kes pembelian kapal selam scorpene sebagai penterjemah dalam urusan urusniaga pembelian kapal selam tersebut.

Altantuya ada mengatakan bahwa beliau akan berjumpa dengan PM dan Razak Baginda bagi urusan tersebut. Namun pemergian beliau tidak kembali ke pangkuan keluarga beliau.

Dr. Sharibu membuat lawatan 3 hari ke Malaysia bertujuan untuk berjumpa dengan PM kita. Namun hajatnya untuk berjumpa dengan PM masih belum tercapai.

Komen dari Proven 


Pastinya Najib kini sudah tidak tidur lena dengan kehadiran bapa Altantuya. Harapan dari Proven, semoga orang yang mendalangi pembunuhan ini akan mendapat hukuman yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan. Semoga Allah akan membalasnya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More