SALAM KEPADA PEMBACA.
Semalam saya telah menonton satu rancangan realiti untuk mencari bakat-bakat penggiat seni tanah air di kalangan warga emas. Setiap peserta yang telah menyertai program realiti tersebut adalah berumur di dalam lingkungan 45 tahun ke atas. Maksudnya, peserta adalah dikalangan warga emas yang berkemungkinan besar kesemua peserta sudah berstatus "atok" atau "nenek". Apa sudah jadi dengan negara kita. Adakah hiburan diutamakan di negara kita? Sepatutnya di saat umur sebegini, bukan lah hiburan diutamakan. Saat sebeginilah kita kena mengingatkan diri kita supaya dekatkan diri dengan tuhan... Kerana Tuhan akan memandang kita dengan amalan ibadah yang kita laksanakan bukan nyanyian yang perlu kita dendangkan. Sedarlah wahai insan, bahawa banyakkanlah amalan ibadah kita pada Allah s.w.t. Janganlah kita mengejarkan nama untuk mempopularkan diri kita dengan amalan yang boleh mengkhayalkan diri kita.
Kita tinggal di dunia ini hanya sementara, akhirat jua lah kekal selama-lamanya. Jadi penuhkan la kehidupan kita dengan amalan ibadah kepada Allah. Kerugian yang amat besar jika kita tidak dapat memenuhi kehidupan kita dengan beribadah kepada Allah. Terapkan dalam hati ini, bahawa hidup di dunia ini bahawa bukan untuk mendapat nama tapi untuk mendapatkan keredhaan dari Allah s.w.t. di akhirat kelak.
Wassalam.




0 comments:
Post a Comment