Saturday, July 23, 2011

Najib Kata tiada Keganasan Polis yang berlaku

Berita Buletin Utama malam nie telah menyiarkan ulasan dari Najib mengenai pihak polis telah menunjukkan bukti video bahawa mereka tidak melakukan keganasan kepada rakyat ketika Perhimpunan aman Bersih 2.0. Malah mereka menuduh rakyat yang cuba memprovokasikan mereka. Pernah tak kita lihat dan dengar bahawa orang yang melakukan kejahatan akan menunjukkan kejahatannya pada orang lain. Tak pernahkan. Jadi adakah pihak polis menunjukkan kesemua video yang telah diedarkan kepada mereka.? Kemungkinan besar video kekerasan mereka terhadap rakyat tidak ditayangkan. Tiada keadilan dalam mencari bukti.

Wahai pihak polis, kamu kena ingat bahawasanya, gaji kamu semua kami sebagai rakyat yang membayar gaji kamu. So jangan nak tunjuk eksyen dengan kami. Kami bayar gaji kamu untuk kamu menjaga keamanan negara kami. Kalau tidak, adakah kamu bekerja sebagai polis semata-mata untuk menunjukkan lagak dengan uniform kamu.

Adakah kamu memarahi tuan kamu, kamu membelas dendam kamu kepada rakyat. Adakah patut rakyat dipersalahkan?

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More